Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Model Terbaru Oppo tersebar – seperti Apple iPhone 6

oppo smartphone malaysia-3

Oppo jenama telefon pintar yang sering menjadi antara yang pertama memperkenalkan teknologi terbaru seperti skrin paparan 1080p, pengecasan VOOC dan telefon pintar pertama dengan skrin paparan pertama QHD melalui Oppo Find 7

Walaubagaimanapun, laporan ini mengatakan bahawa telefon pintar Oppo yang seterusnya iaitu mempunyai mirip reka bentuk yang dimiliki oleh syarikat gergasi Apple atau secara tepatnya seperti iPhone 6 Plus. Kehadiran model dengan reka bentuk ini adalah hampir mirip dengan langkah HTC yang memperkenalkan One A9 namun model ini mempunyai posisi kamera yang berlainan dengan produk daripada Apple.

Walaubagaimanapun, telefon pintar Oppo ini dilhat mempunyai kamera pada bahagian sama dengan Apple iPhone 6 Plus namun jalur plastik pada peranti Oppo ini dilihat mengelilingi kamera manakala lampu flash LED pula diletakkan betul-betul dibawah kamera.

Selain itu, model Oppo ini juga hadir dengan pembesar suara pada bahagian bawah, slot pengecasan USB dan slot 3.5mm.

Model ini dilihat di inspirasikan dari Apple namun ini model ini masih belum disahkan akan dikeluarkan dan mungkin Oppo cuba berasaskan model mereka dengan merujuk daripada yang terbaik seperti Apple.

jika tepat, model terbaru Oppo ini mungkin akan menjadi kepada Oppo Find 7 dan dijangka akan hadir didalam dua versi iaitu Oppo Find 9 dan Oppo Find 9 Plus.

model terbaru Oppo dijangka akan dilancarkan pada awal tahun hadapan dengan sasaran untuk menjadi antara model Android terbaik di pasaran.

oppo smartphone malaysia-2 oppo smartphone malaysia-3 oppo smartphone malaysia-1sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.