Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A7 2016 dikesan di TENAA

samsung-galaxy-a7-2016-tenaa-malaysia

Samsung Galaxy A7 yang sudah hampir setahun berada di pasaran nampaknya telah selangkah lebih hampir untuk menerima generasi baru iaitu Samsung Galaxy A7 2016 dan selepas mula dikesan di medan ujian AnTuTu dan menerima pengesahan Bluetooth, Samsung Galaxy A7 kini telah mendapat pensijilan daripada agensi telekomunikasi China TENAA.

Samsung Galaxy A7 2016 ini disenaraikan dengan model bernombor SM-A7100 dan dijangka akan hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 5.5-inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel, pemproses Samsung Exynos berkelajuan 1.7GHz, 3GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Dari segi kamera pula, Samsung Galaxy A7 dijangka akan hadir dengan kamera utama 13MP atau 16MP manakala kamera selfie telefon pintar ini akan kekal kamera 5MP iaitu unit yang sama digunakan pada Galaxy A7 2015.

Selain itu, pensijilan TENAA juga mendedahkan bahawa Samsung Galaxy A7 2016 akan mempunyai ukuran dimensi 151.5 × 73.95 × 6.95 mm dengan berat 155gram.

Samsung Galaxy A7 dijangka akan mempunyai reka bentuk yang mirip kepada telefon pintar utama mereka bagi tahun ini iatu Galaxy S6 dan ianya juga dijangka akan hadir dengan sokongan sensor capjari yang membolehkanya digunakan sebagai platform pembayaran Samsung Pay.

Samsung Galaxy A7 2016 dijangka hadir dengan slot microSD, 4G LTE Cat. 4, WiFi, Bluetooth 4.0, NFC, USB 2.0, GPS, AGPS dan GLONASS

Samsung Galaxy A7 2016 ini dijangka akan hadir bersama model-model lain didalam siri A iaitu Galaxy A3 2016 , Galaxy A5 2016 dan model baru Samsung Galaxy A9.

sumber

samsung-galaxy-a7-2016-tenaa-malaysia-1

samsung-galaxy-a7-2016-tenaa-malaysia-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.