Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pengguna Nexus 6P melaporkan masalah mikrofon

huawei-google-nexus-6p-masalah-mikrofon-malaysia

Telefon pintar pertama Nexus keluaran Huawei iaitu Nexus 6P nampaknya menghadapai satu lagi isu selepas sebelum ini dikaitkan mempunyai kelemahan struktur seperti episod ‘bend gate’ iPhone 6 Plus dan masalah panel kamera yang mudah retak.

Selepas kedua isu ini mula reda, kini pengguna Huawei Nexus 6P melaporkan telefon pintar terbaru Google ini mempunyai masalah kualiti mikrofon yang teruk.

Pengguna melaporkan bahawa ketika melakukan panggilan, suara pembuat panggilan tidak dapat didengar dengan jelas oleh penerima panggila dan perkara ini dilaporkan kerap berlaku ketika panggilan biasa dan panggilan melalui Internet seperti Hangouts.

Selain itu, beberapa pengguna melaporkan masalah ini berlaku apabila panggilan dibuat melalui mod ‘speakerphone’ namun ada juga yang mengatakan isu ini timbul tidak kira bagaimana anda melakukan panggilan.

Isu ini juga dilihat membabitkan banyak pengguna Nexus 6P kerana ramai pengguna telah membuat aduan dan pertanyaan di forum seperti Google Forums, xda-developers dan reddit.

Google yang mengeluarkan model Nexus 6P berkata mereka sudah dimaklumkan mengenai masalah ini dan kini sedang menyiasat apakah punca sebenar masalah ini berlaku pada Nexus 6P.

Isu ini pasti akan mendapat perhatian ramai pihak kerana Nexus 6P telah dipuji secara meluas kerana mempunyai reka bentuk yang sangat elegan dan premium.

Selain itu, Huawei Nexus 6P juga akan memasuki pasaran Malaysia sebelum penghujung tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.