Asus ZenLooks – Reka Perkakas ZenFone 2 & Menang!
Asus Malaysia hari ini mengumumkan satu kempen yang dikenali sebagai ZenLooks yang merupakan satu pertandingan untuk melakukan rekaaan panel belakang Asus ZenFone 2 yang di inspirasikan oleh negara kita yang tercinta.
Pertandingan ZenLooks ini di ilhamkan dari kerjasama Asus dengan seorang pengulas fashion iaitu Kim Jones melalui Incredible Catwalk.
Incredible Catwalk adalah satu kisah fesyen yang mana Kim Jones memodelkan beberapa perkakas Asus ZenFone 2 termasuk satu perkakas yang direka khas oleh personality YouTube iaitu CutiPieMarzia.
Pertandingan mereka bentuk panel belakang Asus ZenLooks ini akan dijalangkan melalui akaun Facebook Asus Malaysia dan anda mempunyai peluang untuk memenangi satu unit Asus ZenFone 2 dan satu perkakas belakang yang direka khas oleh CutiePieMarzia.
Selain itu, pemenang hadiah utama juga akan berkerjasama dengan pasukan rekaan Asus untuk mereka bentuk panel belakang yang direka oleh beliau untuk dikilangkan.
Setiap peserta digalakkan untuk menggunakkan kisah Incredible Catwalk sebagai inspirasi dan setiap penyertaan Asus ZenLooks ini harus mempunyai latar belakang Malaysia dari segi warisan, identiti astetik, kepelbagaian budaya, landskap menarik dan warisan yang tiada tandingan.
Cara menyertai Asus ZenLooks
- layari laman sesawang Facebook Asus Malaysia di facebook.com/asusmalaysia/
- pilih aplikasi ZenLooks
- ikuti kesemua langkah yang harus dilakukan dan muat turun reka bentuk Asus ZenFone 2 anda yang direka bentuk oleh anda yang mempunyai elemen ikonik Malaysia
- hantar dan kongsi reka bentuk anda dengan hashtag #ZenLooks pada akaun Facebook, Twitter dan Instagram anda.
Peluang anda untuk menang
- Bermula dari 9 November sehingga 6 Disember 2015, satu pemenang akan dipilih setiap minggu dan 4 pemenang akan di pilih sepanjang tempoh peraduan ini.
- Hadiah Mingguan : setiap pemenang mingguan akan menerima Asus ZenFone 2 dan satu panel belakang edisi terhad Asus ZenFone 2 yang direka khas oleh CutiePieMarzia.
- Hadiah Utama : Daripada 4 pemenang mingguan tersebut, satu pemenang utama akan dipilih dan pemenang tersebut akan berkerjasama dengan pakar dari Asus untuk mereka bentuk panel yang dipilih itu.
Sertai pertandingan Asus ZenLooks ini sekarang!