Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi melancarkan kempen #DigiWeWant4G

digi-#DigiWeWant4G--campaingn

Syarikat Telekomunikasi Digi hari ini telah mengumumkan bahawa mereka kini mempunyai rangkaian 4G LTE paling luas di Malaysia dan menawarkan akses internet yang meliputi hampir 60% peduduk di Malaysia.

Selain itu Digi juga telah mengumumkan satu kempen baru di Twitter iaitu kempen #DigiWeWant4G khusus untuk pengguna Digi. Pelanggan Digi boleh mencalonkan kawasan mereka sebagai lokasi seterusnya untuk memiliki rangkaian 4G LTE. Kempen ini memberikan pelanggan memilih satu lokasi yang mereka mahu Digi menawarkan 4G LTE dengan tweet #DigiWeWant4G berserta lokasi tersebut. Digi selepas itu akan memilih 10 kawasan dengan hashtag terbanyak dan melakukan kerja untuk menawarkan 4G LTE kepada kawasan berikut secepat mungkin.

Kempen Digi #DigiWeWant4G ini akan berlangsung selama satu bulan mulai 16 November 2015 sehingga 15 Disember 2015.

Selain itu, Digi juga telah mengumumkan bahawa mereka kini sudah mula menawarkan rangkaian 4G LTE-A di kawasan-kawasan utama seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak, Kuantan, Johor Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching. Pengguna Digi mampu menikmati kelajuan konsisten 10Mbps dikawasan-kawasan ini.

Selain usaha untuk menawarkan akses 4G LTE dan 4G LTE-A kesemua rangkaian, Digi juga telah mula berusaha untuk menawarkan Voice-over-LTE (VoLTE) dan Voive-over-WiFi (VoWifi) kesemua telefon pintar 4G mulai tahun 2016. VoLte membolehkan pengguna Digi menikmati kualiti audio yang lebih baik, perhubungan panggilan yang lebih pantas, dan pengunaan data secara serentak. VoWiFi pula akan membantu pelanggan mempunyai akses rangkaian yang lebih baik dikawasan tertutup.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.