Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Memiliki 94% Keuntungan Industri Pasaran Telefon Pintar

apple

Seperti kita sedia maklum dominasi Apple dipasaran telefon pintar adalah sesuatu yang luar biasa dan pada suku ketiga 2015, keuntungan industri pasaran telefon pintar bagi Apple berada pada kadar 94% iaitu meningkat 2% berbanding suku sebelum ini atau peningkatan sebanyak 9% berbanding suku yang sama tahun lalu.

Laporan ini telah dikeluarkan oleh pengkaji pasaran Cannccord Genuity dan berita ini pasti akan menjadi amaran kepada kesemua pengeluar lain termasuk Samsung.

Walaupun Apple mempunyai perkongsian keuntungan yang paling tinggi, apa yang lebih mengagumkan adalah syarikat Cupertion ini hanya menjual 48 juta unit telefon pintar iPhone iaitu hanya 14.5% daripada jumlah unit yang terjual di pasaran. Jawapan kenapa Apple mampu mencapai keuntungan yang begitu tinggi dengan penjualan yang lebih rendah adalah setiap unit iPhone yang dijual pada suku ketiga ini mempunyai harga penjualan purata $670 (RM 2,935) iaitu 37% margin operasi.

apple smartphone market profit share

Bercakap mengenai pencabar terdekat Apple iaitu Samsung, syarikat gergasi Korea ini menjual hampir 81 juta unit telefon pintar pada suku ketiga atau 24.5% daripada jumlah unit keseluruhan. Walaupun menjual jumlah unit yang lebih banyak jika dibandingka dengan Apple, Samsung hanya memiliki 11% keuntungan pasaran. Sebab utama keuntungan Samsung tidak setinggi Apple adalah kerana setiap unit telefon pintar Samsung yang terjual pada suku ketiga ini hanya mempunyai harga penjualan purata $180

Selain itu, anda pasti sedikit teruja apabila jumlah keseluruhan keuntugan yang dimiliki oleh Apple dan Samsung melebih 100% namun kesemua jumlah keuntungan ini mencapai 100% apabila kerugian yang dialami oleh syarikat seperti HTC, Lenovo, Sony dan BlackBerry diambil kira.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.