Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pemproses Samsung Exynos 8890 dilancarkan secara rasmi – MobileFokus

Pemproses Samsung Exynos 8890 dilancarkan secara rasmi - MobileFokus 1

samsung exynos 8 octa 8890 dilancarkan

Samsung Electronic secara rasminya telah memperkenalkan generasi baru didalam keluarga Exynos iaitu Exynos 8 Octa 8890. Cip pemprosesan Exynos 8890 merupakan pemproses premium kedua yang dibuat menggunakan proses 14nm FinFET.

Samsung Exynos 8890 hadir ke pasaran sebagai pencabar kepada Huawei Kirin 950 dan Snapdragon 820 yang baru dilancarkan semalam

Tidak seperti Exynos 7, Exynos 8 hadir dengan teras CPU yang direka khas dengan berasakan reka bentuk cip 64-bit ARMv8 dan LTE Rel.12 Modem Cat.12/13

Exynos 8 mempunyai hampir 30% prestasi pemprosesan yang lebih baik berbanding Exynos 7 dan menawarkan 10% pemprosesan yang lebih efisen.

Exynos 8 hadir dengan kuasa pemprosesan dan pengunaan tenaga yang paling efisen didalam kelasnya.

Seperti yang kami perkatakan diatas, Samsung Exynos 8 hadir dengan model LTE Cat.12/13 dimana ianya menawarkan kelajuan muat turun maksima sehingga 600Mbps manakala kelajuan naik pula adalah 150Mbps.

Pemproses Exynos 8890 ini lebih ringkas dan mempunyai reka bentuk yang lebih kecil untuk diletakkan didalam peranti pintar.

Selain itu, Samsung Exynos 8 Octa juga hadir dengan GPU terbaru daripad ARM iaitu Mali T880.

Pemproses Exynos Octa 8 ini dijangka akan digunakan pada Samsung Galaxy S7 yang akan dilancarakan pada bulan Februari tahun hadapan..

Proses pengilangan Exynos 8890 ini akan bermula pada peghujung tahun ini dan akan siap untuk disertakan pada Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.