Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi mengadakan penjualan kilat RM 1 hari ini

xiaomi-rm1-flash-sale

Sempena perayaan Hari Single yang kebiasaanya di sambut di China, Xiaomi akan mengadakan satu penjualan khas di Malaysia hari ini dimana hampir kebanyakkan produk Xiaomi boleh didapati pada harga yang rendah.

Hari ini juga akan menjadi hari pertama  Xiaomi Redmi Note 2 yang dilancarkan di Malaysia minggu lalu dibuka untuk tempahan. Redmi Note 2 ditawarkan didalam dua warna iaitu putih dan kelabu dengan harga penjualan RM 649. penghantaran Redmi Note 2 ini akan dibuat didalam masa 14 hari selepas anda membuat pembayaran.

xiaomi-singles-day-malaysia-sale

bagi anda yang ingin memiliki telefon pintar Xiaomi yang lain, anda juga akan menerima aksesori tambahan secara percuma, bagi Xiaomi Mi 4i 32GB anda akan menerima powerbank 10,000mah secara percuma, bagi Redmi 2 Enhanced anda akan menerima satu bateri tambahan dan bagi Xiaomi Note anda akan menerima skrin perlindungan dan perkakas secara percuma

Selain itu, bagi anda yang ingin mencuba nasib anda hari ini, anda boleh mencuba untuk memiliki beberapa model telefon pintar Xioami pada harga RM 1 sahaja.

Antara produk Xiaomi yang ditawarkan dengan harga RM 1 sahaja adalah Mi Band (30 Unit), Xiaomi Mi 4i 16GB (5 unit), Mi in-ear headphone (25 unit), Xiaomi Redmi Note 2 ( 5 sets), 5000mAh 15 unit.

Penjualan ini akan diadakan setiap 2 jam bermula dari pukul 12 tengahari ini.

Selain penjualan RM 1 ini, anda juga boleh membeli kesemua aksesori Xiaomi seperti Powerbank, perkakas perlindungan, lampu LED MI, kipas Mi dan banyak lagi pada harga yang lebih murah.

Untuk maklumat lanjut anda boleh membuka pautan ini www.mi.com/my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.