Ulasan Ringkas Xiaomi Redmi Note 2
Ulasan Ringkas Xiaomi Redmi Note 2
Xiaomi telah mengadakan majlis pelancaran serantau pertama mereka di sini iaitu pada 3 November yang lalu dimana naib presiden global Xiaomi, Hugo Barra telah ‘turun padang’ untuk melancarkan tawaran terbaru mereka iaitu Redmi Note 2. Menariknya, pasaran Malaysia dan tiga pasaran lain iaitu Singapura, Taiwan dan Hong Kong adalah pasaran pertama selain China untuk menerima Redmi Note 2 ini dan tempahan bagi peranti ini akan dibuka pada 11 November dengan harga penjualan RM 649.
Pada majlis pelancaran ini kami telah berpeluang untuk meluangkan sedikit masa bersama Redmi Note 2 dan berdasarkan ini kami telah menulis laporan yang akan memberikan anda lebih banyak maklumat berkenaan telefon pintar terbaru didalam siri Redmi ini.
Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 2 :
- Chiset: Pemproses 64-bit MediaTek Helio X10 dengan kelajuan 2.0GHz octa-core, GPU Power VR G6200
- RAM: 2GB LPDDR3
- Skrin Paparan : 5.5-inci, Resolusi 1920×1080, skrin paparan IPS dengan teknologi ‘Sunlight Display’, 400 PPI
- Memori Simpanan Dalaman: 16GB, tambahan 32GB melalui kad microSD Kamera(Belakang): 13MP, dengan teknologi pemfokusan auto PDAF, apeture f/2.2, lampu LED flash, rakaman video HD penuh 1080p , rakaman video gerak perlahan pada kadar 120fps
- Kamera(Hadapan): 5MP OmniVision, aperture f/2.0 , 36 profil kecantikan ‘smart beauty’
- Sokongan: 4G Dwi Micro-SIMdengan dwi aktif, LTE Cat.4 (150Mbps), Wi-Fi 802.11a/b/g/n/ac, 2.4/5GHz, Bluetooth 4.0, GPS dengan A-GPS, GLONASS dan Beidou, pemancar inframerah ( mampu mengawal peralatan elektronik)
- Kapasiti Bateri: 3060mAh
- OS: MIUI7 berasaskan Android 5.0.2 Lollipop
Generasi kedua telefon pintar Redmi Note 2 adalah sesuatu yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Redmi Note dan Redmi Note 2 ini walaupun hanya mempunyai harga penjualan RM 649 dilihat mampu bersaing dengan telefon pintar utama dari pengeluar lain. Hugo Barra juga bangga kerana Redmi Note 2 mempunyai spesifikasi yang membolehkanya dibandingkan dengan telefon pintar yang mempunyai harga penjualan RM 2,000 dan ke atas.
Sebagai perbandingan dengan Redmi Note yang dilancarkan tahun lalu, Redmi Note 2 hadir dengan reka bentuk yang lebih nipis iaitu hanya 8.25mm berbanding 9.45mm pada Redmi Note manakala berat keseluruhan model ini juga telah diturun kepada 160gram berbanding 199gram bagi versi 3g dwi SIM dan 185gram bagi versi 4g pada Redmi Note. Apa yang menarik adalah, walaupun telah menjadi lebih ringan dan lebih nipis, Xiaomi masih mampu menawarkan saiz skrin paparan yang sama iaitu 5.5-inci.
Redm Note juga hadir dengan panel belakang yang berkilat dimana panel ini sangat terdedah kepada jap cari dan hadir didalam satu warna sahaja iaitu warna putih. Walaubagaimanapun, pada Redmi Note 2 Xiaomi telah hadir dengan panel belakang kemasan matter yang lebih cantik dan kurang terdedah kepada ancaman capjari. Secara kasarnya, Redmi Note 2 boleh digelar Xiaomi Mi 4i yang lebih besar kerana reka bentuk yang hampir serupa dan keprihatinan Xiaomi terhadap produk Redmi ini juga dibuktikan apabila pada panel belakang telefon pintar ini terdapat satu pembesar suara audio dan menyedari jika telefon pintar in diletakkan pada permukaan rata akan menyebabkan tertutupnya gril pembesar suara tersebut, Xiaomi telah menyertakan satu bongkah plastik yang kecil untuk memberikan sedikit lekukan pada panel belakang dimana bongkah ini akan memberikan pengeluaran audio tanpa sebarang halangan.
Antara tambahan terbaik pada Redmi Note 2 adalah ianya hadir dengan bateri yang boleh ditanggalkan selain satu slot microSD khas yang mana pengeluar telefon pintar kini lebih suka menyertakan slot ini sebagai slot hibrid yang boleh digunakan sebagai slot SIM kedua. Salah satu kekurangan slot hibrid ini adalah anda hanya boleh menggunakan SIM atau kad microSD pada satu-satu masa.
Pengunaan Redmi Note 2 ini juga dilihat sangat mudah dan tiada sebarang ‘lag’ yang ketara. Teknologi skrin paparan ‘Sunglight Display’ 1080p ini membantu pembacaan dibawah cahaya matahari. Redmi Note 2 juga hadir dengan resolusi 1080p berbanding hanya skrin 720p pada Redmi Note. Selain itu, butang suara dan power juga diletakkan di lokasi yang strategic dan sangat responsif.
Sekarang ini, kualiti kamera yang dimiliki sesuatu peranti juga merupakan faktor utama yang akan memutuskan samada pengguna mahu ataupun tidak membeli model telefon pintar tersebut. Berdasarkan pengunaan kami yang singkat, Redmi Note 2 dilihat mampu memberikan kualiti gambar yang baik ketika keadaan cahaya yang baik dan gambar HDR juga berada pada tahap baik. Prestasi pemfokusan jarak dekat juga sesuatu yang boleh dpuji. Walaubagaimanapun, prestasi kamera pada keadaan cahaya lain tidak dapat kami uji namun gambar yang diambil daripada Redmi Note 2 ini pasti akan memberikan anda apa yang boleh diharapkan dari model ini.
Berikut adalah antara aksesori yang akan ditawarkan bagi Redmi Note 2, kami pasti bakal pembeli Redmi Note 2 berharap Mi Malaysia akan mula menawarkan perkakas flip dan panel belakang ini sejurus selepas Redmi Note 2 sudah mula dijual di pasaran tempatan.
Kelebihan:
- Skrin paparan 5.5″ 1080p
- Pemfokusan Auto PDAF
- 2GB RAM & 16GB Memori Simpanan dalaman
- pemproses octa-core 64-bit yang biasa digunakan
- Bateri boleh dicabut dan slot microSD
- Android Lollipo dengan MIUI 7
- Harga yang amat berpatutan
Kekurangan
- Unit yang ditawarkan bagi penjualan kilat pertama pasti terhad namun Mi Malaysia pasti membawa masuk lebih banyak unit tidak lama lagi
- Penghantaran bagi Redmi Note 2 ini mungkin mengambil masa sehingga 14 hari seperti yang dimaklumkan disiniKesimpulan Awal:
- Xiaomi Redmi Note 2 adalah satu peranti yang pasti menarik perhatian ramai kerana model ini mampu menawarkan pengalaman dan spesifikasi seperti telefon pintar kelas atasan namun dengan harga penjualan kelas pertengahan. Secara jujurnya, masa kami bersama Redmi Note 2 adalah singkat dan kami pasti mampu memberikan lebih banyak pendapat mengenai model ini jika kami menerima unit ulasan kelak.
- Antara perkara yang tidak dapat kami uji di majlis pelancaran ini adalah prestasi GPS yang dimiliki oleh Redmi Note 2, GPS adalah sesuatu yang penting bagi pengguna di bandaraya seperti di Kuala Lumpur yang boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja masalah kesesakan lalu lintas yang perlu diatasi. Selain itu, jangka hayat bateri dan prestasi kamera juga tidak dapat kami uji secara lebih menyeluruh.
- Dengan kos pemilikan hanya RM649 iaitu hanya 1/3 daripada harga penjualan telefon pintar utama lain, Redmi Note 2 dilihat mempunyai potensi untuk bersaing dengan phablet seperti Galaxy Note 5 dan Oppo R7 Plus.
- Kami akhiri laporan ini dengan gambar Naib Presiden Global Xiaomi iaitu Hugo Barra memegang Xiaomi Redmi Note 2.