Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung melancarkan Galaxy View dengan skrin paparan 18.4-inci

Samsung-Galaxy-View-14

Samsung secara rasminya telah melancarkan tablet gergasi mereka yang dikenali sebagai Galaxy View.

Samsung Galaxy View hadir dengan skrin paparan TFT LCD 18.4-inci dengan resolusi 1080p dengan kepadatan piksel berada pada kadar 123ppi.

Samsung Galaxy View hadir dengan satu pemegang yang mudah dan ini direka khusus kerana berat tablet ini yang mempunyai berat hampir 2.65kg.
galaxy-view-official-1
Samsung Galaxy View turut hadir dengan bateri berkapasiti 5700 mAh yang mana syarikat ini mendakwa ianya mampu memainkan video tanpa henti selama 8 jam didalam satu cas penuh. Selain itu, sebagai pelengkap kepada tablet gergasi ini hadir dua pembesar suara stereo 4W yang akan menjadi penghibur anda.

Dari segi dalaman pula, Samsung Galaxy View hadir dengan pemproses Exynos 7580 berkelajuan 1.6GHz, 2GB RAM dan hadir didalam dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB.

Selain itu, Galaxy View turut hadir dengan kamera 2.1MP khusus untuk panggilan video, Bluetooth 4.1 BLE, Wi-Fi 802.11ac dan slot nano SIM yang menyokonga 4G LTE.

Samsung dilihat memfokuskan tablet gergasi ini sebagai peranti media dan mengutamakan untuk tontonan video.

Buat masa ini harga penjualan Samsung Galaxy View masih belum didedahkan namun harga penjualan tablet kelas pertengahan ini adalah sekitar RM 2,602 ($599).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.