Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo secara rasminya melancarkan Oppo Neo 7

OPPO-Neo7-001

Oppo secara rasminya melancarkan Oppo Neo 7

Oppo secara rasminya melancarkan satu model baru dibawah siri Neo iaitu Oppo Neo 7 yang mana seperti telefon pintar lain dibawah siri Neo ini akan mempunyai harga penjualan yang berpatutan.

OPPO-Neo-7

Walaupun hadir sebagai telefon pintar harga berpatutan, Oppo Neo 7 hadir dengan reka bentuk yang cantik seakan cermin dan dengan UI Color OS 2.1 yang berasaskan Android Lollipop.

OPPO-Neo-7-Black

Dari segi spesifikasi, Oppo Neo 7 hadir dengan skrin paparan 5-inci dengan resolusi 540×960, pemproses Snapdragon 410 daripada Qualcomm, 1GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

OPPO-Neo7-002
Selain itu, model ini turut hadir dengan kamera utama 8MP dengan flash LED, kamera selfie 5MP dengan flash skrin dan bateri berkapasiti 2420 mAh.

Oppo Neo 7 juga hadir dengan sokongan dwi-SIM dan slot microSD.

Model ini dijangka memasuki pasaran utama dunia didalam masa terdekat dan jika dilancarkan di Malaysia, Oppo Neo 7 mungkin ditawarkan pada harga sekitar RM 600-RM 700.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.