Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Android juga akan hadir dengan EMOJI yang baru

android new emoji
Hiroshi Lockheimer yang baru-baru ini telah dinaikkan pangkat kepada naib presiden kanan Android melalui akaun Twitternya telah mendedahkan bahawa sedang berusaha untuk memperkenalkan ikon emoji yang baru.

Sebab utama Hiroshi mendedahkan perancangan terbaru Android ini dilihat sebagai tindak balas Google selepas memyaksikan kemaskini Apple iOS 9.1 yang hadir dengan hampir 150 emoji baru dilihat mendapat sambutan yang sangat tinggi.

hl
Walaupun mengesahkan perkara ini, Hiroshi tidak memberikan sebarang jangka masa akan bila ikon emoji baru yang kini didalam fasa pembangunan akan mula ditawarkan kepada pengguna Android.
Apa pun, dengan perancangan ramai syarikat pengeluar telefon pintar sudah mengesahkan untuk menawarkan Android 6.0 Marshmallow, kami pasti ikon emoji yang baru ini mungkin ditawarkan didalam versi kemaskini kecil seperti 6.1 atau 6.2

sumber : FoneArena

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.