Pepsi akan melancarkan telefon pintar P1 bulan ini
Ini pasti sesuatu yang akan memberikan anda sedikit kejuta, PepsiCo akan memasuki pasaran telefon pintar dengan melancarkan telefon pintar pertama mereka iaitu Pepsi P1. PepsiCo telah membuat pengesahan ini kepada Reuters.
Pepsi P1 akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Oktober ini dan negara pertama yang akan mendapat model ini adalah China.
Pepsi P1 akan dikeluarkan dengan kerjasama satu pengeluar yang dipilih oleh Pepsi dan syarikat ini dijangka akan mempunyai tanggungjawab untuk mengilang dan mereka bentuk telefon pintar ini.
Selain itu, speisfikasi model telefon pintar Pepsi P1 ini juga telah diketahui, ianya dijangka akan hadir dengan skrin paparan 5.5-inci dengan resolusi 1080p, pemproses MT6592 daripada MediaTek, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000 mAh.
Dari segi kamera pula, Pepsi P1 dijangka akan hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera hadapan adalah 5MP.
Pepsi P1 akan mula ditawarkan di pasaran China penghujung bulan ini dengan harga penjualan $205 iaitu sekitar RM 857.
Selepas pelancaran Pepsi P1, adakah kita akan menyaksikan Coca Cola memasuki pasaran telefon pintar?