Xiaomi menyasarkan untuk menjual 10 juta Redmi Note 2
Ketua pegawai eksekutif Xiaomi, Lei Jun berkata syarikat itu menyasarkan untuk menjual sebanyak 10 juta unit Xiaomi Redmi Note 2 sebelum penghujung tahun ini. Sebagai rekod,sebanyak 2.15 juta unit Xiaomi Redmi Note 2 telah dijual didalam bulan pertama selepas dilancarkan pada pertengahan bulan Ogos yang lalu.
Walaupun dengan harga penjualan yang amat berpatutan, Xiaomi Redmi Note 2 mempunyai speisfikasi yang hebat. Ianya hadir dengan skrin paparan HD penuh 1080p berukuran 5.5-inci dengan kepadatan piksel mencecah 401ppi, pemproses MediaTek MT6795, 2GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB.
Selain itu, Redmi Note 2 juga hadir dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 3,060 mAh dan Android 5.0 Lollipop diatas MIUI 7.
Xiaomi berkata mereka optimistik sasaran 10 juta unit menjelang penghujung tahun ini mampu dicapai dan ini akan dibantu dengan musim cuti yang bakal tiba. Bagi mencapai sasaran 10 juta unit ini, Xiaomi harus menjual 8 juta unit Redmi Note 2 atau sebanyak 2.7 juta unit setiap bulan sehingga bulan Disember ini.
Dengan harga penjualan yang murah iaitu hanya $160 (RM 698) bagi versi 16GB dan $210 (RM 916) bagi versi 32GB, tidak mustahil Xiaomi mungkin akan melepasi sasaran 10 juta unit ini dengan lebih awal.