Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Honor 5X Play akan dilancarkan 10 Oktober ini

huawei-honor-5x-play-malaysia-1

Huawei telah mengesahkan satu majlis pelancaran khas yang akan menyaksikan syarikat China ini melancarkan Huawei Honor 5X Play

Honor 5X Play akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober ini dan model ini akan disasarkan kepada golongan muda.

Huawei Honor 5X Play ini telah mendapat pengesahan TENAA di China sekaligus mendedahkan spesifikasi model ini. Honor 5X Play akan hadir dengan skirn paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek MT6735 berkelajuan 1.3GHz, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

huawei honor 5x play malaysia

Selain itu, model terbaru Honor ini juga akan dilengkapi dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 4,000 mAh dan sokongan 4G LTE pada dua slot SIM.

Honor 5X Play akan mempunyai ukuran dimensi 143.1 x 71.8 x 9.7 dengan berat 159gram, ianya akan hadir dengan sistem operasi Android 5.1 Lollipop bersama-sama Emotion UI.

Honor 5X Play dijangka akan mempunyai harga penjualan CNY 999 iaitu sekitar RM 686 mengikut kadar pertukaran semasa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.