Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google melancarkan Chromecast & Chromecast Audio

google-new-chromecast-and-chromecast-audio

Selain Nexus 5X, Nexus 6P dan tablet Pixel C, Google turut memperkenalkan dongle Chromecast yang baru dan Chromecast Audio yang boleh digunakan pada pembesar suara sedia ada dirumah anda sekaligus membolehkan anda memainkan muzik dan audio dari telefon pintar anda dengan lebih mudah.

Chromecast baru kini hadir dengan reka bentuk dan warna yang baru dan tidak setakat itu, ianya turut hadir dengan sokongan teknologi Wi-Fi yang baru dan mampu berinteraksi dengan Wi-Fi anda supaya anda tidak menghadapi sebarang gangguan ‘buffering’ ketika menonton video.

Selain itu, Chromecast Audio adalah peranti yang boleh digunakan bersama-sama banyak aplikasi termasuk Pandora, Spotify dan Google Play Music.

Seperti Chromecast, Chromecast Audio juga boleh digunakan bersama-sama peranti Android, iOS dan komputer riba.

Chromecast Audio akan mempunyai harga penjualan $35 iaitu sekitar RM 135 dan kini ditawarkan di Google Play Amerika Syarikat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.