Spesifikasi Google Nexus 6P kini diketahui
Telefon pintar Nexus yang terbaru dijangka akan dilancarkan secara rasmi esok iaitu 29 September dan ianya akan ditawarkan didalam dua versi iaitu Nexus 5x dan Nexus 6p. Nexus 5X akan dikeluarkan dengan kerjasama oleh LG manakala Nexus 6p pula akan ditawarkan hasil kerjasama Google dan Huawei.
Satu slide persembahan bagi Nexus 6P telah tersebar sekaligus mendedahkan reka bentuk dan spesifikasi phablet daripada Google ini. Google Nexus 6P akan ditawarkan didalam 4 warna dan tujuan ‘slide’ ini dibuat adalah untuk kegunaan latihan kepada pekerja Google.
Nexus 6P sebagai phablet akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7-inci dengan resolusi 2560×1440 piksel, pemproses Snapdragon 810 versi 2.1, bateri berkapasiti 3,450mAh ( mempunyai sokongan pengecasan pantas ), USB type-C, dan pembesar suara stereo hadapan.
Nexus 6P yang akan menjadi telefon pintar pertama dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow bersama-sama Nexus 5x turut akan hadir dengan kamera 12.3MP dengan f/2.0 dan 1.55 μM yang akan membolehkan kamera ini mengambil gambar dengan cahaya yang lebih baik. Selain itu, Nexus 6P juga akan dilengkapi dengan kamera selfie 8MP.
Spesifikasi lain yang turut ditawarkan dengan Nexus 6P adalah sensor pengesan capjari, teknologi penjimatan bateri yang lebih efisen, reka bentuk berasakan keluli dan mempunyai berat keseluruhan 178gram.
Dari segi warna dan kapaisiti pula, Nexus 6P akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu aluminium, grafit, putih malap dan emas ( akan ditawarkan di Jepun terlebih dahulu).
Majlis pelancaran Google Nexus 5X dan Nexus 6P akan diadakan esok ( awal pagi rabu) dan dapatkan segala berita terkini daripada majlis pelancaran ini hanya di MDroid.