Sony memberikan amaran kepada pengguna agar tidak menggunakan telefon pintar Xperia didalam air.
Sony memberikan amaran kepada pengguna agar tidak menggunakan telefon pintar Xperia didalam air.
Sony yang memang sudah boleh dikatakan antara pakar pengeluar telefon pintar kalis air dan habuk namun berita terbaru ini pasti akan sedikit menjejaskan reputasi Sony ini.
XperiaBlog telah mengeluarkan kenyataan bahawa Sony telah menasihatkan pemilik telefon pintar Xperia supaya tidak mengambil kesempatan akan kebolehan kalis air yang dimiliki oleh model telefon pintar mereka.
Dan kini Sony telah mengemaskini maklumat ini di laman web rasmi mereka untuk memberikan amaran awal kepada pengguna yang berhasrat menggunakan telefon pintar mereka di dalam air.
Sony berkata : “pastikan anda tidak menggunakan peranti anda didalam air”. Bagi mendapatkan pensijilan IP68, sesuatu peranti tersebut mesti mampu bertahan didalam tekanan air tanpa sebarang kesan air didalam peranti selama 30 minit pada kedalaman 1.5 meter.
Walaupun peranti Sony berjaya melepasi ujian ini, Sony mendakwa kesemua ujian yang dilakukan adalah didalam makmal dan dalam keadaan ‘standby’. Oleh sebab itu, pengunaan telefon pintar untuk mengambil dan video didalam air adalah sangat tidak di galakkan.
Selain itu, adalah diingatkan bahawa, amaran ini diberikan khusus kepada model Xperia Z3 Plus namun model telefon pintar terbaru mereka iaitu siri Xperia Z5 juga tertakluk kepada amaran ini.
source xperiablog
We recommend exploring the best quotes collections: Self-Love Quotes From Great People
We recommend exploring the best quotes collections: Loved Quotes From Great People
Рекомендую https://telegra.ph/Gde-ya-nashel-hakerov-proverennye-istochniki-i-forumy-dlya-poiska-specialistov-12-15-2 . Проверенные хакеры, которые предоставляют профессиональные услуги.
Рекомендую Сайты где есть хакеры . Проверенные хакеры, которые предоставляют профессиональные услуги.