Honor kini berwajah baru dengan logo dan slogan yang lebih menarik
Honor Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan logo dan slogan baru yang akan membawa syarikat ini ke peringkat lebih besar dan lebih dekat dengan pengguna setia mereka.
Honor kini hadir didalam logo berwarna gradiasi yang dikenali sebagai ‘Moving Color’ dan merupakan syarikat telefon pintar pertama untuk hadir dengan skema warna seperti ini.
Selain itu, honor yang sebelum ini sinonim dengan slogan For The Brave juga telah menukar slogan dengan yang terbaru adalah Honor My World.
Pada majlis pelancaran logo dan slogan baru Honor ini, syarikat ini juga telah mengumumkan penawaran Honor 8X didalam warna baru iaitu Phantom Blue yang sama seperti warna twilight pada Huawei P20 Pro.
Honor 8X warna phantom blue ini akan ditawarkan tidak lama lagi namun buat masa ini masih belum ada maklumat harga dan penjualan telefon pintar ini diumumkan.
Selain itu, Honor View 20 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Januari ini turut telah membuat penampilan di majlis pelancaran ini.