Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 20 dan Nova 3i kini lebih murah iaitu RM 2399 dan RM 999 sahaja

Huawei Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa harga penjualan bagi dua mode syarikat ini iaitu Huawei Mate 20 dan Huawei Nova 3i akan diturunkan lagi sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi.

Mulai 21 Januari 2019, Huawei Mate 20 akan ditawarkan pada harga RM 2,399 manakala Huawei Nova 3i pula akan hadir dengan harga penjualan RM 999 sahaja.

Sebagai perbandingan, harga penjualan Huawei Mate 20 kini adalah RM 2,799 (penjimatan RM 400) manakala Huawei Nova 3i pula ditawarkan pada harga RM 1099 (penjimatan RM 100).

Selain itu, Huawei turut menawarkan menawarkan satu pakej yang dikenali sebagai ‘ Healthy Pouch Set’ dimana anda boleh memiliki satu unit Huawei Mate 20 (RM 2399), satu unit Huawei Watch GT dan aplikasi Huawei Health pada harga RM 3,188 sahaja dan promosi ini hanya boleh didapati di https://shop.huawei.com/my/  iaitu sehingga 13 Februari ini.

Dengan promosi menarik daripada Huawei ini, musim perayaan tahun baru cina dilihat sebagai waktu sesuai untuk anda memiliki telefon pintar terbaik Huawei ini.

Huawei Nova 4 dilancarkan di Malaysia dengan skrin paparan Punch Fullview pada harga RM 1899

Selain itu, jika anda mahu memiliki model Nova 4 yang baru dilancarkan di Malaysia minggu lalu, telefon pintar ini akan mula ditawarkan pada 14 Februari dengan harga penjualan RM 1,899 sahaja.

Walaubagaimanapun, selain daripada dua model Huawei di atas, tiada model lain yang menerima penurunan harga.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.