HONOR Magic9 Pro Max: 6 Sebab Mengapa Ia Raja Pengimejan Sinematik

Tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-10 siri HONOR Magic, satu perjalanan yang menyaksikan HONOR terus meneroka pelbagai inovasi dalam teknologi telefon pintar. Sempena pencapaian istimewa ini, HONOR tidak mahu sekadar memperkenalkan sebuah telefon pintar baharu yang menawarkan peningkatan spesifikasi berbanding generasi sebelumnya.
Sebaliknya, HONOR mahu membawa pengalaman penggunaan ke tahap yang berbeza menerusi HONOR Magic9 Pro Max, khususnya dalam aspek penghasilan kandungan visual dan rakaman video sinematik.
Menerusi kerjasama teknologi bersama ARRI, nama besar dalam industri pembikinan filem profesional, HONOR Magic9 Pro Max menggabungkan kepakaran sains warna sinematik dengan teknologi pengimejan mudah alih. Hasilnya, pengguna kini boleh menikmati ciri rakaman video bertaraf profesional terus daripada sebuah telefon pintar.
Daripada sistem kamera Dual 200MP, sokongan ARRI LogC3, profil warna profesional sehinggalah kepada sistem audio khusus dan aksesori rakaman, peranti ini direka untuk memberikan lebih banyak kebebasan kepada pencipta kandungan dalam menghasilkan karya visual mereka.
Berikut adalah enam sebab mengapa HONOR Magic9 Pro Max layak digelar sebagai Raja Pengimejan Sinematik.
1. Sistem kamera sinematik dengan dua sensor 200MP
Asas kepada kemampuan pengimejan HONOR Magic9 Pro Max terletak pada sistem Dual 200MP Cinematic ARRI Imaging System yang merangkumi kamera utama dan kamera telefoto.
Kedua-dua kamera ini bukan sahaja menawarkan resolusi tinggi, malah turut menyokong penstabilan CIPA 8.0, iaitu tahap penstabilan tertinggi dalam industri ketika ini. Menariknya, HONOR merupakan satu-satunya pengeluar telefon pintar yang menawarkan tahap penstabilan ini.
Kamera utamanya juga dilengkapi teknologi penstabilan setara gimbal dengan sudut sehingga 3 darjah, sekali gus membantu mengurangkan gegaran ketika merakam video secara handheld, khususnya ketika bergerak atau membuat rakaman spontan.
Semua kemampuan pengimejan ini turut disokong oleh cip HONOR Imaging Chip H1 untuk pemprosesan imej yang lebih baik.
Menariknya, HONOR Magic9 Pro Max turut memperkenalkan kamera hadapan dengan format Square Format, yang didakwa sebagai ciri pertama pada Android. Pengguna boleh mengaksesnya melalui mod Portrait dengan memusingkan telefon ke arah kamera selfie.
Format ini memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada pengguna ketika menghasilkan kandungan potret dan rakaman untuk platform media sosial.
2. Kualiti video sinematik dengan ARRI LogC3 dan APV
Salah satu ciri yang membezakan HONOR Magic9 Pro Max daripada telefon pintar biasa ialah sokongan ARRI LogC3.
Teknologi ini membolehkan kamera merakam maklumat lebih terperinci pada bahagian terang dan gelap sesuatu imej. Ia juga membantu mengekalkan ketepatan warna yang lebih semula jadi, sekali gus memberikan lebih banyak ruang kepada pengguna untuk melakukan suntingan warna atau color grading selepas rakaman.
Bagi pencipta kandungan yang gemar menyunting video, ciri ini amat berguna kerana rakaman mempunyai lebih banyak fleksibiliti untuk disesuaikan mengikut gaya visual yang diinginkan.
Selain itu, HONOR Magic9 Pro Max turut menggunakan format APV (Advanced Professional Video) yang menawarkan kualiti visual tanpa kehilangan ketara atau visually lossless encoding.
Menariknya, format ini dikatakan mampu mengurangkan saiz fail sekitar 20% berbanding pendekatan rakaman berkualiti setara, sekali gus membantu menjimatkan ruang storan tanpa mengorbankan terlalu banyak kualiti video.
Pengguna juga boleh mengakses ARRI CINEMA Mode yang menyediakan pelbagai fungsi profesional seperti ARRI Looks, sokongan LUT, rakaman LogC3, pilihan nisbah aspek sinematik 2.39:1 serta kawalan audio.
3. Pilihan warna ARRI Looks untuk gaya video tersendiri
Warna memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesebuah video yang kelihatan sinematik. Malah, penggunaan warna yang konsisten boleh memberikan identiti visual tersendiri kepada sesuatu kandungan.
HONOR Magic9 Pro Max membawa pengalaman ini menerusi sokongan ARRI Looks yang membolehkan pengguna memilih profil warna mengikut suasana dan gaya rakaman.
Terdapat dua profil warna lalai, iaitu ARRI Alexa dan ARRI Video yang boleh diakses melalui LUT Mode. Selain itu, pengguna turut diberikan sembilan pilihan ARRI Looks tambahan dengan gaya visual yang berbeza.
Bagi mereka yang mahukan lebih banyak kebebasan ketika menyunting, peranti ini turut menyokong penggunaan Custom LogC3 LUT daripada pihak ketiga dengan pilihan lebih 10,000 LUT.
Sokongan AWG (ARRI Wide Gamut) pula membantu mengekalkan keluasan warna dan kedalaman tona bagi menghasilkan identiti visual yang lebih tersendiri.
Ini bermakna pengguna tidak semestinya perlu bergantung kepada aplikasi suntingan luaran untuk mendapatkan karakter warna tertentu kerana pelbagai pilihan sudah tersedia terus pada telefon.
4. Mikrofon sinematik dengan empat pilihan rakaman audio
Video yang baik bukan hanya bergantung kepada kualiti visual. Audio juga memainkan peranan besar dalam memastikan sesuatu rakaman kelihatan dan kedengaran lebih profesional.
Untuk itu, HONOR Magic9 Pro Max dilengkapi teknologi mikrofon directional bertaraf sinematik yang direka untuk memberikan kawalan lebih baik terhadap cara audio dirakam.
Pengguna boleh memilih antara empat tetapan audio, iaitu Long Range, Close Up, Voice Isolation dan Voice Boost mengikut situasi rakaman.
Sebagai contoh, Long Range boleh digunakan apabila merakam subjek dari jarak lebih jauh, manakala Close Up sesuai untuk rakaman suara atau bunyi yang lebih dekat.
Voice Isolation pula membantu memberikan tumpuan kepada suara tertentu, sementara Voice Boost menawarkan pilihan untuk meningkatkan kejelasan suara.
Bagi pengguna yang mahukan kawalan lebih terperinci, Professional Custom Mode turut disediakan untuk pelarasan audio mengikut keperluan masing-masing.
Pengalaman audio ini dilengkapkan dengan sistem pembesar suara Stereo Dual 1216 yang menawarkan ruang dinamik lebih luas serta respons bass yang lebih mantap ketika menikmati kandungan multimedia.
5. Rakaman 4K LiveVideo dengan ARRI Looks
Satu lagi ciri menarik yang dibawakan oleh HONOR Magic9 Pro Max ialah keupayaan merakam 4K LiveVideo dengan sokongan ARRI Looks.
Menerusi ciri ini, pengguna boleh menghasilkan LiveVideo berdurasi tiga saat sambil menggunakan profil warna ARRI Looks.
Ini memberikan kelebihan kepada mereka yang mahu menghasilkan kandungan lebih menarik tanpa perlu melalui proses suntingan yang panjang.
Pengguna juga boleh memilih antara nisbah aspek 16:9 atau format sinematik 2.39:1 mengikut jenis kandungan yang ingin dihasilkan.
Format 2.39:1 khususnya memberikan paparan lebih lebar yang sinonim dengan produksi filem, sekali gus menjadikan rakaman harian kelihatan lebih dramatik dan mempunyai identiti visual tersendiri.
6. Sokongan aksesori profesional untuk pengalaman rakaman lebih lengkap
HONOR Magic9 Pro Max turut menawarkan sokongan kepada beberapa aksesori khusus bagi mereka yang mahu membawa pengalaman rakaman video ke tahap seterusnya.
Antaranya ialah HONOR Teleconverter G200 dan G500 yang direka untuk memperluaskan kemampuan zum telefon pintar.
HONOR G500 menawarkan julat fokus sehingga 14,000mm, manakala G200 pula diperkenalkan sebagai teleconverter telefon pintar 200mm paling kecil dan ringan dalam industri, dengan julat fokus sehingga 5,400mm.
Kedua-dua aksesori ini memberikan lebih banyak fleksibiliti ketika merakam subjek dari jarak jauh, khususnya untuk fotografi dan penghasilan video.
Selain itu, HONOR turut menyediakan SmallRig Mobile Video Kit yang menawarkan konfigurasi rig mudah alih untuk membantu pengguna mendapatkan kawalan dan kestabilan lebih baik ketika membuat rakaman.
Dengan penggunaan aksesori ini, HONOR Magic9 Pro Max bukan sekadar berfungsi sebagai telefon pintar, tetapi boleh dijadikan sebahagian daripada setup produksi video mudah alih.
Kesimpulan
HONOR Magic9 Pro Max memperlihatkan bagaimana kemampuan kamera telefon pintar kini semakin menghampiri keperluan produksi video profesional.
Daripada sistem kamera Dual 200MP, sokongan ARRI LogC3, pilihan warna sinematik, mikrofon directional sehinggalah kepada sokongan teleconverter dan aksesori SmallRig, setiap ciri yang ditawarkan memberikan lebih banyak kebebasan kepada pengguna untuk menghasilkan kandungan berkualiti tinggi.
Apa yang menjadikan kerjasama HONOR dan ARRI ini lebih menarik ialah akses kepada teknologi pengimejan sinematik yang sebelum ini sinonim dengan industri pembikinan filem profesional. Kamera sinematik ARRI sendiri merupakan kelengkapan produksi bernilai tinggi yang lazimnya memerlukan pelaburan besar untuk dimiliki dan digunakan.
Menerusi kerjasama ini, HONOR membawa sebahagian kepakaran dan teknologi warna ARRI ke dalam sebuah telefon pintar, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai pengguna untuk meneroka pengalaman penghasilan video sinematik tanpa perlu memiliki peralatan produksi yang mahal.
Ini bukan bermakna sebuah telefon pintar boleh menggantikan keseluruhan sistem kamera profesional ARRI, tetapi ia membuktikan bahawa teknologi yang dahulunya lebih eksklusif kini semakin mudah diakses oleh pencipta kandungan, pembikin video bebas dan pengguna biasa.
Nantikan pelancaran HONOR Magic9 Pro Max di Malaysia pada 24 November ini.







