Mata Samsung Rewards Anda Bakal Tamat Tempoh ? – Manfaatkan Setiap Mata Ganjaran Sebelum Terlambat!


Ahli Samsung Rewards kini berpeluang untuk memanfaatkan mata ganjaran yang telah dikumpul dengan lebih berbaloi. Memandangkan mata Samsung Rewards mempunyai tempoh sah tertentu, Samsung kini menawarkan promosi masa terhad yang membolehkan pengguna menikmati penjimatan lebih besar bagi produk Samsung terpilih, dengan nilai penebusan mata ganjaran berpotensi meningkat sehingga dua kali ganda berbanding nilai biasa.
Melalui penebusan baucar dalam katalog Samsung Rewards, pengguna akan menerima kod diskaun unik yang membolehkan mereka menikmati diskaun sehingga 50% daripada harga runcit disyorkan (RRP) bagi model terpilih, termasuk peranti flagship seperti Galaxy S26 Ultra dan Galaxy Z Flip7, serta beberapa model daripada siri Galaxy Buds dan Galaxy Watch.
Promosi yang berlangsung sehingga 15 November 2026 ini memberi peluang kepada pengguna untuk menukarkan mata Samsung Rewards yang terkumpul kepada penjimatan menarik sebelum mata tersebut tamat tempoh.
Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan untuk menyemak ketersediaan stok produk pilihan mereka melalui Samsung Online Store atau aplikasi Samsung Shop sebelum menebus mata ganjaran bagi mendapatkan baucar, sekali gus mengelakkan sebarang kesulitan sekiranya produk yang diinginkan kehabisan stok.
Jangan biarkan mata Samsung Rewards anda luput begitu sahaja! Layari katalog Samsung Rewards, tebus baucar yang ditawarkan dan nikmati penjimatan eksklusif sebelum promosi berakhir.
Promosi ini tertakluk kepada ketersediaan stok serta terma dan syarat yang ditetapkan.
maklumat lanjut di SINI
