HONOR X9e Pro Kini Dijual di Malaysia, Tawarkan Hadiah Percuma Bernilai RM1,326

HONOR X9e Pro kini rasmi dijual di seluruh Malaysia bermula 9 Oktober yang lalu dengan sambutan menggalakkan daripada pengguna yang mengunjungi HONOR Experience Store di pelbagai lokasi. Jualan pertamanya turut menyusuli kejayaan tempahan awal apabila telefon pintar ini habis ditempah di semua platform dalam tempoh hanya tujuh hari selepas pelancarannya.
Sambutan tersebut menunjukkan minat tinggi pengguna terhadap model terbaharu dalam siri HONOR X yang terkenal dengan penawaran telefon pintar kelas pertengahan.
Sebelum mula dijual secara rasmi, HONOR X9e Pro terlebih dahulu menarik perhatian menerusi beberapa demonstrasi ketahanan ekstrem, termasuk keupayaan bateri berkapasiti besar 11,000mAh serta ketahanan air yang dipertingkatkan.
Dengan permulaan jualan yang positif, HONOR menjangkakan sambutan berterusan sepanjang hujung minggu ini, khususnya di HONOR Experience Store dan roadshow yang berlangsung .Pelbagai tawaran telco serta aktiviti menarik, termasuk peluang memenangi hadiah emas, turut disediakan untuk pengunjung.
Kejayaan tempahan awal dan sambutan pada hari pertama jualan ini sekali lagi mengukuhkan kedudukan siri HONOR X sebagai siri telefon pintar kelas pertengahan terlaris di Malaysia selama empat generasi berturut-turut. HONOR X9e Pro dijangka meneruskan momentum tersebut dengan membawa tema “Pilihan Utama Rakyat Malaysia”.
Beli HONOR X9e Pro, Dapatkan Hadiah Percuma Bernilai RM1,326
Setiap pembelian HONOR X9e Pro melayakkan pengguna menerima pakej hadiah percuma dengan nilai keseluruhan RM1,326. Pakej ini merangkumi:
- Rebat segera RM100
- HONOR Watch 6i percuma
- Perlindungan penggantian skrin hadapan dan belakang yang retak selama 730 hari
- Perlindungan kerosakan akibat cecair selama 730 hari
- Waranti lanjutan selama setahun
HONOR X9e Pro ditawarkan dalam empat pilihan warna, iaitu Royal Purple, Reddish Brown, Dawn Gold dan Midnight Black.
Dari segi harga, model dengan storan 256GB dijual pada harga RM1,899, manakala varian 512GB ditawarkan pada harga RM2,399. Kedua-duanya hadir dengan konfigurasi memori 24GB RAM, yang terdiri daripada 8GB RAM fizikal dan tambahan 16GB HONOR Turbo RAM.
Pengguna boleh mendapatkan HONOR X9e Pro menerusi HONOR Experience Store di seluruh negara, kedai dalam talian rasmi HONOR, HONOR Flagship Store di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, serta pengedar sah.
HONOR X9e Pro Percuma Dengan Pelan Telco Terpilih
Bagi pengguna yang ingin mendapatkan telefon pintar ini bersama pelan telekomunikasi, HONOR X9e Pro varian 512GB turut ditawarkan menerusi CelcomDigi, Maxis, redONE, U Mobile dan Yes.
Antara tawaran yang disediakan ialah telefon pintar percuma dengan pelan Maxis Postpaid 169, U Mobile ULTRA Family 128 dan Yes Infinite+ Premium.
Sementara itu, pelanggan CelcomDigi boleh mendapatkan peranti ini pada harga serendah RM599 menerusi pelan Pakej Mega Jimat. Bagi pelanggan redONE pula, HONOR X9e Pro ditawarkan pada harga RM600 dengan pelan PowerGADGET 128.
Tawaran ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan HONOR X9e Pro tanpa perlu membayar harga runcit penuh secara terus.
Kunjungi Roadshow HONOR X9e Pro Untuk Hadiah Percuma dan Cabutan Bertuah
HONOR turut menganjurkan roadshow HONOR X9e Pro di pusat beli-belah terpilih di Kuala Lumpur dan Melaka.
Berikut ialah lokasi dan tarikh roadshow:
- Pavilion Kuala Lumpur: 26 Oktober–1 November 2026
- AEON Melaka Shopping Centre: 3–8 November 2026
Sepanjang roadshow, pengunjung berpeluang mencuba sendiri keupayaan ketahanan, ketahanan air dan bateri HONOR X9e Pro menerusi beberapa stesen cabaran interaktif. Pengunjung yang melengkapkan semua stesen cabaran juga berpeluang membawa pulang hadiah percuma, selain memenangi hadiah eksklusif di setiap stesen dengan berjaya menyelesaikan cabaran yang disediakan.
Hadiah Cabutan Bertuah Bernilai Lebih RM130,000 Menanti Pengunjung
Selain aktiviti interaktif, HONOR turut menawarkan hadiah percuma tambahan kepada pelanggan yang membeli peranti HONOR di roadshow yang dianjurkan.
Pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM999 dan ke atas dalam satu resit juga layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk HONOR Pad 10, HONOR Pad X7 dan HONOR Headphones Pro.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9e Pro dan promosi yang ditawarkan, pengguna boleh mengikuti halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau melayari laman web rasmi HONOR Malaysia.
Baca Ulasan ; ULASAN : HONOR X9e Pro 5G – Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh







