Nikmati Diskaun Sehingga 20% bagi Pelajar Untuk Galaxy Tab S12 Series , S Pen dan Keyboard Percuma

Bagi pelajar, memilih peranti yang sesuai bermakna mencari peranti yang mampu memenuhi keperluan kuliah, tugasan, penyelidikan, pembentangan dan pelbagai aktiviti pembelajaran.
Menyedari keperluan tersebut, Samsung memperkenalkan Galaxy Tab S12 Series, yang menawarkan gabungan prestasi, ciri AI dan keupayaan multitugas dalam reka bentuk yang nipis serta mudah dibawa.
Dikuasakan pemproses 3nm, Galaxy Tab S12 Series hadir dengan paparan yang luas serta sokongan pelbagai ciri AI termasuk Gemini, Perplexity dan Galaxy AI bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat, mengurus tugasan dan melakukan pelbagai aktiviti dengan lebih mudah.
Selain itu, tablet ini turut didatangkan bersama S Pen dan Book Cover Keyboard Slim secara percuma. Kedua-dua aksesori tersebut boleh digunakan untuk mencatat nota, menaip tugasan, menyediakan pembentangan dan beralih antara pelbagai tugasan.
Menariknya, papan kekunci tersebut dilengkapi AI Key yang memberikan akses sekali klik kepada Gemini, Perplexity atau Bixby. Integrasi dalam ekosistem Galaxy turut membolehkan pengguna melakukan tindakan merentasi aplikasi, termasuk menyimpan maklumat terus ke Samsung Notes.
Dari segi perisian, pelajar turut menerima enam bulan Google AI Pro dan enam bulan Notability. Galaxy Tab S12 Series juga menjadi tablet Android pertama yang didatangkan dengan Adobe Photoshop, termasuk langganan percuma selama empat bulan.
Untuk kegunaan di luar kelas, ciri Second Screen membolehkan tablet digunakan sebagai monitor kedua bersama komputer riba Windows yang serasi. Ia juga boleh disambungkan dengan telefon pintar Galaxy untuk pengalaman penggunaan merentas peranti yang lebih lancar.
Bagi pelajar yang sering merakam kuliah, aplikasi seperti Notability turut menyokong fungsi transkripsi rakaman, memudahkan pengguna menyemak semula kandungan kuliah.
Diskaun khas sehingga 20% untuk pelajar
Bermula 7 Oktober, pelajar dan pendidik dengan alamat e-mel pendidikan yang sah boleh menikmati diskaun sehingga 20% untuk peranti Galaxy Tab terpilih.
Untuk Galaxy Tab S12 Series, penjimatan yang ditawarkan adalah sehingga RM1,329.80.
Cara mendapatkan tawaran ini juga mudah:
- Daftar akaun Samsung di sini
- Sahkan alamat e-mel pendidikan yang sah, termasuk alamat edu.my.
- Beli melalui Samsung.com, aplikasi Samsung Shop atau Samsung Experience Store terpilih di seluruh negara.
Galaxy Tab S12 Series kini tersedia di Malaysia
Samsung Galaxy Tab S12 Ultra dan Galaxy Tab S12+ kini rasmi di Malaysia dan boleh didapati dalam pilihan warna Gray dan Silver.
Bagi pelanggan biasa, promosi berlangsung dari 7 Oktober hingga 8 November 2026, dengan bayaran serendah RM127.75 sebulan.
Harga Galaxy Tab S12 Series:
- Galaxy Tab S12 Ultra 256GB (WiFi) – RM5,999 → RM5,499
- Galaxy Tab S12+ (WiFi) – RM4,999 → RM4,599
- Galaxy Tab S12 Ultra 256GB (5G) – RM6,649 → RM6,149
- Galaxy Tab S12+ (5G) – RM5,649 → RM5,249
Antara manfaat promosi yang ditawarkan termasuk aplikasi seperti Gemini, Adobe Photoshop, Notability dan iQIYI bernilai RM1,123.58, serta Book Cover Keyboard dan S Pen bernilai sehingga RM1,208.
Pelanggan turut boleh menikmati rebat sehingga RM500 ketika pembayaran menggunakan mana-mana kad debit atau kredit bank, atau melalui SPayLater.
Dapatkan Samsung Galaxy Tab S12 Series di SINI





