8 Cara Samsung Bagaimana Membentuk Evolusi Telefon Pintar Foldable

Apabila telefon pintar boleh lipat berkembang daripada sekadar teknologi khusus kepada kategori yang semakin diterima pengguna, terdapat banyak perkara menarik tentang apa yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah telefon yang boleh dilipat serta apa yang dipelajari Samsung sepanjang bertahun-tahun membangunkan teknologi ini.
Samsung merupakan antara peneraju evolusi telefon pintar boleh lipat sejak Galaxy Fold pertama diperkenalkan pada 2019, sebelum berkembang kepada keluarga Galaxy Z yang semakin matang. Sepanjang perjalanan itu, Samsung mendapati bahawa menghasilkan telefon boleh lipat bukan sekadar menyelesaikan satu masalah kejuruteraan. Ia memerlukan penambahbaikan berterusan melibatkan perkakasan, perisian, AI dan paling penting, cara pengguna menggunakan peranti.
Berikut ialah lapan perkara yang telah Samsung lakukan untuk membawa teknologi telefon boleh lipat ke tahap seterusnya.
1. Menjadikan telefon foldable lebih tahan lasak
Walaupun skrin boleh dilipat merupakan ciri paling ketara, teknologi ini memerlukan penyelesaian terhadap pelbagai cabaran seperti ketahanan, bahan, sokongan skrin dan reka bentuk engsel yang tidak terdapat pada telefon pintar biasa.
Teknologi Flex Titanium baharu pada siri Galaxy Z menggunakan struktur paparan berasaskan titanium untuk mengukuhkan sokongan skrin, meningkatkan ketahanan dan mengurangkan kesan lipatan, selain membantu menghasilkan peranti yang lebih nipis.
2. Menjadikan lipatan lebih lancar dan semula jadi
Pengalaman bertahun-tahun menunjukkan bahawa engsel bukan sekadar komponen mekanikal. Ia turut mempengaruhi cara peranti dibuka, ketebalan telefon serta keselesaan ketika digunakan.
Siri Galaxy Z terbaharu menggabungkan penambahbaikan pada mekanisme engsel, ketegangan skrin dan magnet lipatan bagi menjadikan proses membuka peranti lebih lancar dan semula jadi.
Pada Galaxy Z Fold8 Ultra, reka bentuk ini membantu menghasilkan ketebalan hanya 4.1mm apabila dibuka.
3. Mengubah skrin besar kepada pengalaman baharu
Samsung mendapati skrin tambahan perlu menawarkan pengalaman yang berbeza, bukan sekadar lebih banyak ruang paparan.
Galaxy Z Fold8 hadir dengan skrin utama nisbah 4:3 yang sesuai untuk tontonan imersif dan permainan. Apabila dipusingkan, nisbah 3:4 pula lebih sesuai untuk membaca dan melayari web.
Ruang paparan yang lebih besar turut memberi kelebihan untuk menghasilkan dan menyunting kandungan menerusi ciri seperti My FanCam.
4. Memperluaskan reka bentuk telefon boleh lipat
Penggunaan sebenar oleh pengguna menunjukkan bahawa keperluan terhadap telefon boleh lipat berbeza-beza. Ada yang mahukan ruang kerja lebih besar, manakala sesetengah pengguna lebih mementingkan saiz kompak, ekspresi diri atau akses pantas.
Kini Samsung menawarkan tiga pengalaman telefon boleh lipat:
- Galaxy Z Fold8 Ultra – untuk produktiviti
- Galaxy Z Fold8 – untuk pengalaman tontonan dan penerokaan yang lebih imersif
- Galaxy Z Flip8 – untuk ekspresi diri dan interaksi pantas
Pendekatan ini menunjukkan bagaimana reka bentuk telefon boleh lipat boleh disesuaikan dengan gaya hidup pengguna.
5. Menggabungkan perkakasan dan perisian
Peranti yang boleh berubah bentuk turut memerlukan perisian yang mampu menyesuaikan diri. Pengalaman penggunaan perlu kekal lancar apabila bertukar antara skrin, orientasi dan mod berbeza.
Samsung terus membangunkan pengalaman perisian berdasarkan fleksibiliti fizikal peranti, termasuk Multi Window, ciri multitugas berasaskan AI seperti Now Nudge dan Gemini Notebook pada Galaxy Z Fold8 Ultra.
Galaxy Z Flip8 pula hadir dengan FlexWindow yang lebih berkeupayaan, membolehkan pengguna mengakses aplikasi, maklumat dan fungsi tertentu tanpa perlu membuka telefon.
6. Membawa AI ke dalam pengalaman telefon boleh lipat
AI pada telefon pintar generasi baharu bukan lagi sekadar memberikan jawapan. Ia semakin berperanan dalam memahami perkara yang sedang dilakukan pengguna dan membantu mereka bergerak daripada mendapatkan maklumat kepada melaksanakan sesuatu tindakan.
Teknologi Agentic AI kini diintegrasikan ke dalam pengalaman Galaxy Z8, membolehkan pengguna bergerak dengan lebih mudah antara maklumat, aplikasi dan tindakan.
Skrin yang lebih besar pada peranti boleh lipat juga menyediakan ruang yang sesuai untuk ciri produktiviti berasaskan AI seperti Gemini Notebook, yang boleh menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber serta membantu pengguna menyusun idea dan kandungan.
7. Mengurangkan halangan untuk mendapatkan pengalaman lebih baik
Pengalaman penggunaan sebenar selama bertahun-tahun menunjukkan bahawa pengguna mahukan proses yang mudah dan tidak menyusahkan.
Ini termasuk ketika berpindah ke peranti baharu. Siri Galaxy Z terbaharu menawarkan lebih fleksibiliti melalui Smart Switch, yang membolehkan data seperti kenalan, gambar, mesej, aplikasi dan tetapan dipindahkan secara tanpa wayar daripada peranti lama, termasuk iPhone.
Dengan One UI 9, pengguna iOS juga boleh memulakan proses pemindahan hanya dengan mengimbas kod QR, menjadikan proses beralih ke Galaxy lebih mudah.
8. Membina ekosistem lengkap untuk telefon boleh lipat
Kesimpulan utama daripada pengalaman Samsung ialah setiap generasi telefon boleh lipat membawa persoalan baharu berkaitan kejuruteraan, pengalaman penggunaan dan tingkah laku pengguna.
Pengalaman menjawab persoalan ini dari satu generasi ke generasi seterusnya akhirnya menjadi kelebihan tersendiri.
Struktur paparan Flex Titanium, reka bentuk lebih nipis, nisbah skrin baharu, pengalaman FlexWindow yang lebih baik serta integrasi Agentic AI yang lebih mendalam merupakan antara hasil penambahbaikan yang dikumpulkan Samsung sepanjang bertahun-tahun.
Harga dan promosi Galaxy Z Series di Malaysia
Promosi berlangsung dari 14 Ogos hingga 4 Oktober 2026, dengan penjimatan sehingga RM1,909.90.
Galaxy Z Fold8 Ultra
- 256GB – RM8,099
- 512GB – RM8,899
- 1TB – RM10,499
- Warna: Graphite, Cream, Violet Shadow dan Green Shadow (Eksklusif dalam talian)
Galaxy Z Fold8
- 256GB – RM7,299
- 512GB – RM8,099
- 1TB – RM9,699
- Warna: Graphite, Cream, Lavender dan Pistachio (Eksklusif dalam talian)
Galaxy Z Flip8
- 256GB – RM5,399
- 512GB – RM6,199
- Warna: Graphite, Cream, Pink dan Mint (Eksklusif dalam talian)
Promosi yang ditawarkan :
- Sehingga RM800 rebat
- RM500 rebat dengan bank terpilih
- Sehingga RM400 Samsung Rewards Point Booster
- Percuma langganan iQIYI Premium VIP selama 12 bulan bernilai RM209.90
Siri Galaxy Z terbaharu kini boleh didapati di Malaysia, dengan Galaxy Z Fold8 memfokuskan kepada multitugas dan produktiviti, Galaxy Z Fold8 Ultra menawarkan pengalaman telefon boleh lipat premium paling canggih Samsung, manakala Galaxy Z Flip8 menampilkan reka bentuk kompak untuk pencipta kandungan, swafoto dan penggunaan harian.







