Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 16 Pro 5G Edisi Harry Potter diumumkan secara rasmi

realme 16 Pro 5G Edisi Harry Potter diumumkan secara rasmi 1

realme 16 Pro 5G Edisi Harry Potter diumumkan secara rasmi 2

realme, jenama telefon pintar paling pantas berkembang di dunia, secara rasmi mengumumkan kerjasama bersama Warner Bros. Discovery Global Consumer Products bagi menghasilkan realme 16 Pro 5G Edisi Harry Potter.

Meneruskan kejayaan realme 15 Pro Edisi Terhad Game of Thrones, kerjasama ini menggabungkan francais ikonik Harry Potter dengan teknologi dan reka bentuk inovatif realme. Ia turut mendapat sambutan positif daripada komuniti Harry Potter dan peminat teknologi di Malaysia.

Ikon Global Bertemu Generasi Baharu

Dunia Harry Potter telah menjadi fenomena budaya global yang diminati jutaan peminat merentasi generasi. Kerjasama ini menggabungkan kepakaran Warner Bros. Discovery dalam penceritaan dengan keupayaan realme menghasilkan produk untuk golongan muda.

Kerjasama dengan Warner Bros. Discovery membolehkan realme membawa pengalaman dunia magis Harry Potter kepada generasi baharu serta menggalakkan mereka menemui keajaiban dan potensi diri sendiri.

realme 16 Pro 5G Edisi Harry Potter menampilkan reka bentuk berinspirasikan dunia magis, menggabungkan elemen ikonik Harry Potter dengan identiti reka bentuk realme. Logo bersama eksklusif turut diperkenalkan sebagai simbol kerjasama kedua-dua jenama.

Menghidupkan Keajaiban Dalam Teknologi

Kerjasama ini meneruskan falsafah realme “Make it real”, dengan komuniti globalnya kini melebihi 300 juta pengguna. realme terus memberi fokus kepada golongan muda dengan menawarkan produk yang bukan sahaja berfungsi, tetapi turut mempunyai identiti dan nilai pengalaman tersendiri.

Selepas realme 15 Pro Edisi Terhad Game of Thrones, realme 16 Pro 5G Edisi Harry Potter menjadi satu lagi hasil kerjasama besar realme bersama Warner Bros. Discovery.

Melalui kolaborasi seperti ini, realme terus menggabungkan teknologi dengan penceritaan kreatif bagi menghasilkan pengalaman yang lebih unik dan dekat dengan peminat.

Peminat Harry Potter dan komuniti realme di Malaysia disaran mengikuti laman web serta media sosial rasmi realme Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai realme 16 Pro 5G Edisi Harry Potter.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.