vivo X300 Ultra dan X300 FE kini rasmi di Malaysia

vivo secara rasmi memperkenalkan dua lagi model baharu didalam vivo X300 Series iaitu vivo X300 FE dan vivo X300 Ultra yang pertama kali ditawarkan di Malaysia.
vivo X300 Ultra
vivo X300 Ultra memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.82-inci dengan resolusi 3168 x 1440 piksel, kadar segar semula adaptif 1Hz hingga 144Hz serta kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB serta bateri berkapasiti 6600mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.
Beralih ke kamera, vivo X300 Ultra hadir dengan sensor utama 200MP Sony LYTIA 901, sensor ultra lebar 50MP Sony LYTIA 818, sensor telefoto APO 200MP (85mm) dengan gimbal-grade stabilization dan sensor warna. Ianya turut menyokong telephoto extender sehingga 400mm equivalent dengan kerjasama bersama ZEISS.
Ia turut menyokong rakaman multi-focal 4K 120fps, 10-bit Log, Dolby Vision dan mod video profesional untuk pencipta kandungan. Kamera selfie adalah 50MP.
vivo X300 Ultra juga hadir dengan OriginOS 6 yang berasaskan Android 16 dan ianya akan menerima 5 tahun kemaskini OS bersama 7 tahun kemaskini keselamatan.
vivo X300 Ultra akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Steppe Green serta Volcano Black pada harga RM 6,799 bagi versi 16GB/512GB dan RM 7,799 bagi versi 16GB/1TB . Dalam pada itu, vivo X300 Ultra Special Edition Photographer Kit pula ditawarkan pada harga RM 9,099.
Setiap pembelian vivo X300 Ultra akan menerima rebat tunai RM900 serta COMAN Aluminium Photography Tripod bernilai RM299, manfaat vivo Care, termasuk jaminan lanjutan 1+1 tahun serta perlindungan kerosakan skrin selama 180 hari.
vivo X300 FE
vivo memperkenalkan vivo X300 FE sebagai model baharu dalam siri X300 yang menawarkan spesifikasi premium pada harga lebih mampu milik. Peranti ini mengekalkan DNA siri flagship vivo menerusi paparan berkualiti tinggi, prestasi pantas serta sistem kamera berfokuskan pengalaman fotografi.
vivo X300 FE hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.31-inci dengan resolusi 1.5K , kadar segar semula adaptif sehingga 120Hz serta kecerahan puncak mencecah 5000 nits.
Dari segi prestasi, peranti ini dijana cip Snapdragon 8s Gen 5 bersama RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Ia turut memiliki bateri berkapasiti 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W dan pengecasan tanpa wayar 40W.
Beralih ke bahagian kamera, vivo X300 FE dilengkapi sensor utama 50MP dengan OIS, sensor ultra lebar 8MP serta sensor telefoto 50MP (3x optical zoom) hasil kerjasama bersama ZEISS.
Ia turut menyokong rakaman video 4K, mod potret ZEISS, mod malam serta pelbagai ciri AI untuk suntingan dan fotografi lebih mudah. Kamera selfie pula menggunakan sensor 50MP.
vivo X300 FE menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16 dan dijangka menerima 4 tahun kemaskini sistem operasi bersama 5 tahun kemaskini keselamatan. Ianya turut memiliki penarafan IP68 & IP69
vivo X300 FE kini ditawarkan di Malaysia didalam tiga warna iaitu Luxe Black, Glow White dan Mist Purple pada harga RM 3,299 bagi versi 12/256GB dan RM 3,899 bagi versi 12/512GB. Dalam pada itu, vivo X300 FE Special Edition Photographer Kit pula ditawarkan pada harga RM 3,998-RM 4,598 (Extender Gen 2 sahaja RM 999).
Setiap pembelian vivo X300 FE akan menerima JBL Speaker bernilai RM299 dan vivo Buds Pro bernilai RM199, manfaat vivo Care, termasuk jaminan lanjutan 1+1 tahun serta perlindungan kerosakan skrin selama 180 hari.
Turut ditawarkan promosi purchase-with-purchase (PWP), termasuk diskaun 30% untuk vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 dan Gen 2 Ultra bersama beg penyimpanan percuma bernilai RM159. Bagi vivo X300 Ultra Photographer Kit, pengguna turut menikmati diskaun 30% untuk tambahan Telephoto Extender, manakala vivo X300 FE Telephoto Extender Gen 2 Kit hadir dengan diskaun RM300.











