ULASAN : Samsung Galaxy A57 – Pilihan Midrange Yang Sukar Ditandingi?

PengenalanSelepas memulakan tahun 2026 dengan pelancaran Galaxy S26 Series, Samsung telah mengalihkan perhatian kepada Galaxy A Series yang dilihat model penting didalam portfolio produk syarikat ini.
Apabila memilih untuk membeli telefon pintar kelas midrange seperti Galaxy A, pengguna hari ini sering berdepan dengan dilema seperti hendak memilih reka bentuk nipis atau bateri, kamera atau prestasi, harga atau ciri.
Dengan Samsung Galaxy A, Samsung telah berusaha sedaya untuk menghapuskan semua kompromi ini, anda tidak perlu lagi memilih kerana semuanya kini dalam satu peranti.
Sebagai telefon pintar #ngamchoice untuk kehidupan sebenar, Samsung Galaxy A57 5G yang merupakan model teratas siri ini yang kini tampil didalam pakej yang menawarkan kamera terbaik, prestasi terbaik pada harga yang setimpal. Semua yang anda perlukan pada telefon pintar
Ini adalah ulasan Samsung Galaxy A57 5G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,399 namun dengan promosi menarik yang sedang berlangsung, ianya boleh dimiliki pada harga serendah dari RM 2,049 sahaja.
Reka BentukDari segi reka bentuk, umum diketahui bahawa jika anda mahu memiliki telefon pintar yang nipis, kapasiti bateri telefon pintar tersebut mungkin tidak cukup untuk memenuhi keperluaan penggunaan sepanjang hari.
Dengan Galaxy A57 5G, Samsung mahu memberikan anda kesimbangan dari segi jangka bateri sepanjang hari dan rekaan yang premium.
Sehubungan dengan itu, Samsung Galaxy A57 5G hadir sebagai telefon pintar Galaxy A5 ternipis didalam sejarah iaitu pada ukuran 6.9mm yang mana ianya adalah 0.5mmm lebih nipis berbanding Galaxy A56 5G manakala berat adalah hampir 19 gram lebih ringan. Samsung menggunakan kerangka yang diperbuat daripada keluli yang tampil kemas manakala panel belakang turut dilindungi dengan gelas Corning Gorilla Glass Victus+ yang menawarkan ketahanan unggul serta perlindungan calar yang dipertingkatkan.
Kalau nak bandingkan Galaxy A57 5G dengan produk yang digunakan didalam kehidupan seharian, ianya lebih nipis dari sebatang marker pen (13mm), bar coklat (15mm) dan 30 keping kad UNO (7.5mm). Ianya juga memiliki penarafan kalis air dan debu IP68.
Selain itu, Samsung Galaxy A57 5G hadir dengan kemasan glossy glass yang memberikan penampilan seperti seramik didalam tiga pilihan warna iaitu Awesome Navy, Awesome Gray dan Awesome Icyblue.
Unit ulasan kami adalah warna Awesome Navy yang mana ianya adalah warna biru gelap dan sistem kamera Galaxy A57 ini diletakkan pada modul kamera yang mempunyai rekaan hampir sama seperti pada Galaxy S26 Series.
Secara ringkas, Samsung Galaxy A57 5G menampilkan reka bentuk yang sleek dan minimalis, menggabungkan gaya moden dengan ketahanan yang memberi rasa premium dalam penggunaan harian. Nipis tidak bermaksud ada pengorbanan dari segi ketahanan bateri!.
Skrin PaparanSamsung Galaxy A57 5G menampilkan skrin paparan Infinity yang berukuran 6.7-inci iaitu panel Super AMOLED Plus dengan kadar segar semula 120Hz bersama resolusi FHD+ dan sokongan HDR10+. Ianya juga memiliki ciri Vision Booster untuk pengalaman paparan yang sangat jelas walaupun digunakan dipersekitaran luar dengan cahaya matahari yang terik.
Dalam pada itu, Samsung Galaxy A57 5G juga tampil dengan bezel sekeliling skrin yang lebih nipis iaitu 1.5mm pada bahagian atas dan sisi manakala bahagian bawah adalah 2.5mm. sebagai perbandingan Galaxy A56 5G memiliki bezel berukuran 2.2mm pada bahagian atas, 2.0mm pada bahagian sisi dan 3.3mm pada bahagian bawah.
Bercakap mengenai tetapan kadar segar semula, terdapat dua tetapan iaitu Standard yang mengekalkan kadar 60Hz sepanjang masa manakala Adaptive memberikan anda kadar segar semula yang tersuai mengikut kandungan namun pada kadar antara 60Hz sehingga 120Hz.
Selain itu, Samsung Galaxy A57 5G juga mempunyai sensor capjari dalam skrin jenis optikal yang mana posisi sensor ini adalah sedikit dibawah berhampiran dengan bezel bawah skrin.
PemprosesSamsung Galaxy A57 5G dikuasakan cipset terbaru Exynos 1680 yang hadir sebagai sebuah cipset kelas upper midrange. Ianya juga dipadankan dengan dua pilihan RAM (LPDRRX5) iaitu 12GB manakala storan dalaman adalah 255GB atau 512GB jenis UFS 3.1. Menariknya, Samsung mendakwa Galaxy A57 5G
Apa yang lebih membuat kami teruja adalah jumlah storan efektif yang boleh diakses oleh pengguna Galaxy A57 5G iaitu pada kadar 95% daripada jumlah storan dan ini merupakan antara yang tertinggi dipasaran.
Selain itu, Cip Exynos 1680 ini menawarkan peningkatan 15% dari segi prestasi CPU dan GPU berbanding Exynos 1580 yang digunakan pada Galaxy A56 5G. Ianya juga memiliki ruang wap (vapor chamber) yang lebih besar membantu mengelakkan telefon anda daripada menjadi panas sekaligus membolehkan peranti anda kekal pada prestasi optimum walaupun ketika bermain permainan yang memerlukan prestasi maksima daripada cipset .
Beralih kepada UI pula, Samsung memberikan pengalaman setaraf pada flagship melalui One UI 8.5 yang berasaskan Android 16 namun ciri AI adalah sedikit terhad yang mana ia diberikan gelaran Awesome Intelligence dan bukanya Galaxy AI.
Antara ciri Awesome Intelligence yang dibawakan Galaxy A57 5G adalah Circle to Search, Voice transcription, AI Select dan Gemini.
Circle to Search
Gunakan Circle to Search with Google untuk mencari pelbagai item dalam sesuatu gaya hanya dengan melingkari outfit di skrin anda. Ia akan membantu anda mengenal pasti setiap item — daripada baju hingga kasut dan segala di antaranya, semuanya dalam satu carian. Anda hanya perlu bulatkan, cari, dan temui gaya tersebut, terus dari apa yang anda lihat di skrin.
Voice Transcription
Salah satu penambahan paling menarik ialah ciri Voice Transcription, yang kini tersedia pada siri Galaxy A buat pertama kali. Melalui aplikasi Voice Recorder, pengguna boleh merakam audio, menukar pertuturan kepada teks, serta menterjemahkannya ke pelbagai bahasa — menjadikannya lebih mudah untuk menyemak mesyuarat, mengulang kaji kuliah, atau mengurus rakaman panggilan.
AI Select
AI Select mencadangkan tindakan yang relevan berdasarkan kandungan pada skrin, seperti menghasilkan GIF, menyimpan imej atau menetapkannya sebagai wallpaper. Ciri ini kini boleh diakses dengan menekan lama pada Edge Panel.
QuickShare – Android atau iOS, tiada masalah!
Kongsi fail dengan mudah antara peranti menggunakan Quick Share pada Galaxy A57 5G. Kongsi apa sahaja yang anda perlukan ke peranti lain sama ada dalam ekosistem Galaxy atau luar daripadanya, ini termasuk ke/dari iOS dan PC tanpa sebarang aplikasi pihak ketiga yang rumit.
Apabila berkongsi gambar, telefon pintar anda akan menggunakan cadangan pintar yang dipertingkatkan untuk mengenal pasti individu dalam foto dan secara automatik mencadangkan kepada siapa ia patut dikongsi.
Menutup bahagian ini adalah dengan komitmen Samsung untuk menawarkan sokongan kemaskini OS Android sehingga 6 generasi bersama 6 tahun kemaskini keselamatan daripada Google yang membolehkan anda menikmati pelbagai ciri terkini Galaxy yang memudahkan untuk mencipta, berhubung, kekal produktif serta sentiasa selangkah di hadapan daripada ancaman keselamatan.
KameraSamsung Galaxy A57 5G menampilkan konfigurasi tiga lensa yang praktikal untuk pelbagai situasi.
Untuk kamera utama, sensor 50MP dengan sokongan OIS memainkan peranan besar dalam menghasilkan gambar yang tajam dan stabil. Dalam penggunaan harian, hasil tangkapan nampak jelas dengan perincian yang baik, terutamanya dalam keadaan cahaya mencukupi. OIS pula membantu mengurangkan gegaran, jadi gambar kurang blur walaupun tangan tak begitu stabil.
Selain itu, sensor ultra wide 12MP pula sesuai untuk rakaman sudut luas seperti pemandangan atau gambar berkumpulan. Ia memberi fleksibiliti tambahan, membolehkan lebih banyak subjek dimuatkan dalam satu frame tanpa perlu berundur jauh. Walaupun sedikit kurang detail berbanding sensor utama, hasilnya masih konsisten dan memuaskan untuk kegunaan media sosial.
Beralih ke lensa makro 5MP, ia membolehkan pengguna menangkap objek kecil dengan lebih dekat. Walaupun ini bukan fungsi yang selalu digunakan oleh semua orang, ia tetap berguna untuk situasi tertentu seperti fotografi produk atau tekstur.
Untuk rakaman waktu malam, fungsi Nightography pada model ini menunjukkan peningkatan ketara. Pemprosesan imej yang lebih pantas dan pengurangan noise membantu hasil gambar nampak lebih bersih dan terang walaupun dalam keadaan cahaya rendah. Saiz piksel yang lebih besar juga membantu menyerap lebih banyak cahaya, menjadikan gambar malam lebih natural dan tidak terlalu kasar.
Dalam pada itu, Galaxy A57 hadir dengan kamera selfie 12MP dengan sokongan Super HDR yang berupaya untuk menghasilkan video dan gambar yang lebih menyala. Warna nampak lebih vibrant, kontras lebih seimbang, dan latar belakang juga kekal jelas menjadikanya sangat ideal untuk vlogging atau live streaming.
Tambahan pula, ciri AI segmentation membantu memperkemaskan hasil potret dengan membezakan subjek dan latar belakang secara automatik. Ini memberi sentuhan lebih kemas pada elemen seperti kulit, rambut dan persekitaran tanpa nampak terlalu berlebihan.
Dalam pada itu, ciri Awesome Intelligence yang dimiliki Galaxy A57 yang meningkatkan pengalaman fotografi pada telefon pintar ini adalah Object Eraser, Best Face dan Automatic Suggestion.
Object Eraser
Padam objek yang tidak diingini dalam gambar dan dapatkan hasil yang nampak semula jadi dengan serta-merta menggunakan Object Eraser pada Galaxy A57 5G. Ciri AI pintar ini membolehkan anda pilih gangguan di latar belakang, membuangnya dengan kemas dan mengisi ruang tersebut sambil mengekalkan kualiti imej yang tinggi. Algoritma ini juga akan memperbaiki tekstur secara automatik dan mengurangkan kesan kabur di kawasan sekitar objek yang dipadam, supaya anda sentiasa mendapat hasil yang diinginkan.


Selain memadam objek, AI Eraser juga membolehkan anda memadam bayang-bayang atau pantulan pada imej untuk menjadikan setiap gambar yang di ambil lebih kelihatan lebih profesional.
Best Face
Dengan Best Face pada Galaxy A57 5G, anda boleh memperkemaskan gambar berkumpulan dengan cepat dan mudah. Hanya pilih gambar Motion Photo berkumpulan, kemudian pilih ekspresi dan wajah terbaik daripada beberapa rakaman, dan gabungkan semuanya menjadi satu gambar yang menarik dengan semua orang kelihatan tersenyum.
Edit Suggestions
Nikmati suntingan berkualiti tinggi dengan Edit Suggestion pada Galaxy A57 5G. Ciri pintar ini menganalisis media dalam peranti anda dan memberikan cadangan untuk menambah baik gambar. Anda boleh menambah kesan kabur latar belakang, mempertingkat resolusi, membuang bayang dan pantulan, atau memperkemas GIF dengan beberapa langkah mudah.
Auto Trim
Video panjang tapi tak tahu nak potong bahagian mana yang best?. Ambil masa lama nak scroll, pilih scene, dan edit satu-satu—lagi-lagi kalau banyak rakaman macam travel, event atau futsal game.
Dengan Auto Trim pada Galaxy A57 5G, AI akan automatik kenal pasti momen paling menarik dalam video anda dan potong jadi highlight clip yang lebih pendek, kemas dan terus ready untuk share.
Berikut adalah hasil gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy A57 5G :
BateriSamsung Galaxy A57 5G hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang dilihat ‘golden capacity’ bagi Samsung kerana ianya adalah kapasiti sama yang ditawarkanpada telefon pintar flagship 2026 mereka iaitu Galaxy S26 Ultra.
Walaupun tidak membawa sebarang peningkatan kapasiti, Samsung berjaya menipiskan profil telefon pintar ini dan pada masa yang sama juga telah meningkatkan jangka hayat bateri sehingga 2 hari penggunaan.
Dari segi pengecasan, Samsung Galaxy A57 5G hadir dengan ciri Super Fast Charging 2.0 (45W) yang menawarkan sehingga 60% pengecasan dalam masa 30 minit sahaja.
PenutupSecara keseluruhan, Samsung Galaxy A57 5G tampil sebagai sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang sangat seimbang, cukup untuk kegunaan harian, gaming , namun pada masa sama masih fokus pada ketahnam bateri.
Walaupun Galaxy A57 5G bukan sebuah telefon flagship, pengalaman penggunaan harian yang ditawarkan terasa amat mencukupi untuk rata-rata pengguna tanpa terlalu banyak kompromi besar.
Jika anda sedang mencari telefon pintar kelas midrange yang tidak terlalu mahal, tapi masih memberikan satu pakej premium dalam penggunaan harian, Samsung Galaxy A57 5G memang antara pilihan popular yang sukar untuk diabaikan dalam kelasnya.
Dapatkan Samsung Galaxy A57 5G di Samsung Online Store atau Samsung Experience Store yang berhampiran anda.



















