Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (4a) Pro dan Phone 4(a) kini rasmi di Malaysia

Nothing Phone (4a) Pro dan Phone 4(a) kini rasmi di Malaysia 1

Nothing Phone (4a) Pro dan Phone 4(a) kini rasmi di Malaysia 2

Nothing secara rasmi telah memperkenalkan dua telefon pintar terbaharu mereka ke pasaran Malaysia iaitu Nothing Phone (4a) dan Nothing Phone (4a) Pro. Kedua-dua model ini hadir sebagai kesinambungan kepada siri sebelumnya dengan pelbagai peningkatan dari segi reka bentuk, prestasi dan pengalaman penggunaan, sambil mengekalkan identiti unik yang menjadi kekuatan jenama tersebut.

Salah satu perubahan paling ketara yang dapat dilihat pada Nothing Phone (4a) Pro ini adalah rekaan metal unibody, menggantikan binaan plastik pada generasi terdahulu. Ia juga tampil lebih nipis pada 7.95mm selain turut dilengkapi penarafan IP65.

Dari segi paparan, Phone (4a) Pro hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.83 -inci yang menyokong kadar segar semula 144Hz serta resolusi 1.5K.  kecerahan maksima kini  mencecah 5,000 nits,

Selain itu, Nothing Phone (4a) Pro dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang menawarkan peningkatan ketara dalam kecekapan CPU, grafik dan keupayaan AI. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5X serta storan UFS 3.1 yang lebih pantas, di samping sistem penyejukan vapor chamber untuk memastikan prestasi kekal stabil.

Dalam aspek fotografi, Phone (4a) Pro dilengkapi kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony, bersama lensa periskop 50MP yang menyokong zoom optikal 3.5x. Kamera ini juga menyokong rakaman video 4K dengan teknologi Ultra XDR untuk warna yang lebih hidup. Walau bagaimanapun, kamera ultra-lebar masih dikekalkan pada 8MP, manakala kamera hadapan kini menggunakan sensor 32MP.

Nothing Phone (4a) Pro dan Phone 4(a) kini rasmi di Malaysia 3

Bagi Nothing Phone (4a) pula, ia hadir dengan skrin paparan OLED 6.78-inci dengan resolusi 1.5K dan kecerahan sehingga 4,500 nits, serta kadar segar semula 120Hz. Namun, dari segi binaan, model ini masih menggunakan rangka plastik dan sedikit lebih tebal, selain hadir dengan penarafan IP64.

Nothing Phone (4a) Pro dan Phone 4(a) kini rasmi di Malaysia 4

Dari segi kamera, Phone (4a) berkongsi sebahagian besar konfigurasi dengan model Pro termasuk lensa periskop 50MP, tetapi menggunakan sensor utama Samsung yang berbeza. Ia masih menyokong rakaman video 4K, namun tanpa kelebihan penuh teknologi Ultra XDR seperti yang ditawarkan pada versi Pro.

Nothing Phone (4a) Pro dan Phone 4(a) kini rasmi di Malaysia 5

Kedua-dua model ini dilengkapi bateri berkapasiti sekitar 5,080mAh dengan sokongan pengecasan pantas 50W. Nothing turut mendakwa bateri ini mampu mengekalkan sehingga 90% kapasiti asal selepas 1,200 kitaran pengecasan, memberikan jangka hayat yang lebih panjang berbanding kebiasaan.

Dari sudut reka bentuk ikonik, kedua-dua peranti menampilkan pendekatan berbeza melalui sistem pencahayaan Glyph. Phone (4a) Pro hadir dengan Glyph Matrix berbentuk bulat yang lebih terang dan praktikal, manakala Phone (4a) menggunakan Glyph Bar dengan susunan LED yang lebih ringkas tetapi lebih cerah berbanding generasi sebelumnya.

Kedua-dua telefon pintar ini menjalankan Nothing OS 4.1 berasaskan Android 16 dan ditawarkan dengan sokongan tiga kemas kini sistem operasi serta enam tahun kemas kini keselamatan.

Nothing Phone (4a) Pro dan Phone 4(a) kini rasmi di Malaysia 6Nothing Phone (4a) Pro dan Phone 4(a) kini rasmi di Malaysia 7

Nothing Phone (4a) dan Phone (4a) Pro akan dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia bermula esok pada harga RM 1,999 (12/256GB untuk Phone (4a) dan RM 2,299 (12/256GB) untuk Phone (4a) Pro. Setiap pra-tempahan akan menikmati diskaun RM 100 dan satu tahun lanjutan waranti.

Nothing Phone (4a) Pro dan Phone 4(a) kini rasmi di Malaysia 8

Dalam pada itu, Limited Drop akan berlangsung pada 4 April di Crossover Sunway bagi Phone (4a) Pro manakala Phone (4a) akan ditawarkan di Lowyat Concept Store. Jualan rasmi akan bermula pada 10 April 2026.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.