Pra-tempahan Samsung Galaxy S26 Series cecah 1.35 juta unit sejak dilancarkan

Samsung Galaxy S26 Series sedang mencetuskan fenomena di seluruh dunia, dan rakyat Malaysia yang telah membuat pra-tempahan kini antara yang terawal merasai pengalaman telefon pintar Galaxy AI paling canggih daripada Samsung setakat ini.
Selepas diperkenalkan di peringkat global, permintaan terhadap Galaxy S26 Series meningkat dengan sangat pantas, dengan lebih 1.35 juta unit telah ditempah awal di seluruh dunia. Sambutan luar biasa ini mencerminkan keterujaan pengguna terhadap inovasi terbaru Samsung, termasuk Privacy Display yang meningkatkan keselamatan paparan skrin, serta Horizontal Lock, satu ciri baharu yang membantu pencipta kandungan merakam video dengan kestabilan yang lebih profesional.
Di Malaysia, momentum tersebut turut dirasai. Apabila kumpulan pertama pembeli mula membuka kotak peranti mereka, keterujaan terhadap keupayaan kamera berkuasa, ciri AI pintar dan alat privasi yang dipertingkatkan pada Galaxy S26 Series semakin meningkat. Dengan pengguna terawal sudah mula berkongsi pengalaman mereka, mereka yang terlepas tempoh pra-tempahan mungkin akan menyesal kerana tidak mendapatkan Galaxy S26 lebih awal.
Pra-tempah inovasi mudah alih terbaru Samsung hari ini! Dari 26 Februari hingga 10 Mac 2026, nikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,200, termasuk storanan berganda, Samsung Rewards Points Booster, serta rebat segera RM700 dengan kad bank terpilih. Anda juga boleh menjimatkan sehingga RM4,450 melalui program trade-in Galaxy Forever, mendapat diskaun 30% untuk aksesori mudah alih terpilih, serta memilih pelan ansuran 0% faedah sehingga 36 bulan di bank yang mengambil bahagian.
