Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A07 5G kini rasmi di Malaysia

Samsung Galaxy A07 5G kini rasmi di Malaysia 1

Samsung Galaxy A07 5G kini rasmi di Malaysia 2

Samsung secara rasminya telah mengumumkan pelancaran telefon pintar Galaxy A07 5G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga yang sangat kompetitif.

Terus ke spesifikasi, Galaxy A07 5G hadir dengan rekaan yang sama seperti model Galaxy A Series yang lain dan ianya memiliki panel belakang Glass Fiber Reinforced Polymer yang tahan lasak. Ianya memiliki ketebalan 8.2mm dengan berat 199 gram dan telefon pintar ini juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP54.

Samsung Galaxy A07 5G kini rasmi di Malaysia 3

Selain itu, Samsung Galaxy A07 5G memiliki skrin paparan 6.7-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima mencecah 800nits (HBM). Ia juga memiliki sensor utama 50MP + 2MP sensor depth dibelakang manakala tugas selfie diuruskan oleh sensor 8MP.

Samsung Galaxy A07 5G kini rasmi di Malaysia 4

Seterusnya, Galaxy A07 5G ini juga dikuasakan cip Dimensity 6300 bersama One UI 8.0 dan pelbagai ciri AI yang termasuk Gemini dan Circle to Search. Telefon pintar ini juga telah disahkan akan menerima 6 kemaskini OS dan 6 tahun kemaskini keselamatan.

Lebih lanjut, Galaxy A07 5G juga memiliki bateri 6,000mAh, sensor capjari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm dan ciri keselamatan Samsung Knox Vault.

Samsung Galaxy A07 5G kini rasmi di Malaysia 5

Galaxy A07 5G kini ditawarkan didalam warna Light Green, Light Violet dan Light Black pada harga yang bermula dari RM 699 bagi versi 6/128GB dan RM 949 bagi versi 8/256GB.

Promosi jualan awal membolehkan anda mendapatkan versi 8/256GB dengan diskaun sebanyak RM 250 yang menjadikan harga promosi terhad sehingga 28 Februari ini adalah RM 699 sahaja. Anda juga boleh mendapatkan Galaxy Buds Core dan Galaxy Fit3 pada promosi PWP yang menawarkan 10% diskaun.

Dapatkan Samsung Galaxy A07 5G di : Samsung Malaysia Online Store atau Samsung Experience Store yang berdekatan dengan anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.