CASETiFY tawar diskaun sehingga 40% sempena jualan 11.11
Screenshot
Jualan atas talian terbesar tahunan iaitu 11.11 Sale akan berlangsung tidak lama lagi dan CASETiFY juga telah mengumumkan jualan besar-besaran akan berlangsung selama 11 hari bermula 3 November sehingga 14 November 2025.
CASETiFY telah mengumumkan bahawa anda boleh menikmati diskaun hebat bagi koleksi menyeluruh jenama ini yang tersedia untuk semua produk utama popular dipasaran.
Lebih menarik, kadar diskaun akan meningkat berdasarkan kuantiti produk CASETiFY yang anda beli yang mana pembelian satu unit Casing akan menerima 15% diskaun, manakala pembelian 2 unit pula akan menerima diskaun 25% diikuti 30% diskaun bagi pembelian 3 unit dan 35% bagi pembelian 4 unit dan ke atas ( tambahan 5% diskaun bagi casing untuk model lama).
Selain itu, bagi Phone Charm dan Watch Band, CASETiFY telah mengumumkan diskaun sebanyak 50%.
Untuk menikmati diskaun ini, pastikan anda menggunakan kod : 1125 sebelum melakukan checkout.
Dapatkan Casing atau aksesori telefon pintar daripada CASETiFY di https://www.casetify.com


