Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Koleksi CASETiFY dan Pestle & Mortar Clothing – kerjasama pertama dengan jenama dari Malaysia

Koleksi CASETiFY dan Pestle & Mortar Clothing - kerjasama pertama dengan jenama dari Malaysia 1

Koleksi CASETiFY dan Pestle & Mortar Clothing - kerjasama pertama dengan jenama dari Malaysia 2

CASETiFY, jenama aksesori teknologi global hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan jenama pakaian jalanan yang berpangkalan di Malaysia iaitu Pestle & Mortar Clothing pada koleksi kapsul baharu yang menarik.

Koleksi CASETiFY dan Pestle & Mortar Clothing - kerjasama pertama dengan jenama dari Malaysia 3

Kerjasama ini menandakan kerjasama  pertama antara CASETiFY dan jenama Malaysia. Seperti semua yang produk keluaran Pestle & Mortar Clothing, koleksi ini mengekspresikan kepekaan bandarnya sambil mempamerkan budaya Asia Tenggara mengikut istilahnya sendiri.

Koleksi CASETiFY dan Pestle & Mortar Clothing - kerjasama pertama dengan jenama dari Malaysia 4

Mereka yang biasa dengan jenama pakaian jalanan ini pasti tahu bahawa ia menggunakan pakaian sebagai kanvas untuk cerita dan batu loncatan untuk mencetuskan perbualan, dan koleksi baharu ini tidak terkecuali. 

Koleksi CASETiFY dan Pestle & Mortar Clothing - kerjasama pertama dengan jenama dari Malaysia 5

Reka bentuk ini akan tersedia secara global untuk telefon pintar iPhone dan Samsung serta aksesori teknologi termasuk AirPods dan AirPods Pro, sarung iPad, sarung komputer riba dan banyak lagi. 

Koleksi CASETiFY dan Pestle & Mortar Clothing - kerjasama pertama dengan jenama dari Malaysia 6

Selain itu, kerjasama pertama seumpamanya ini menampilkan cetakan dan reka bentuk ikonik yang saling berkait untuk menceritakan kisah unik sepanjang 14 tahun sejarah  Pestle & Mortar Clothing. Lebih daripada sekadar fesyen, kerjasama ini ialah memperingati budaya, warisan dan ekspresi diri, yang mana teknologi anda adalah lanjutan daripada gaya peribadi anda.

Produk dalam koleksi Pestle & Mortar x CASETiFY ini berharga dari USD$39 hingga USD$121. Koleksi ini boleh didapati secara dalam talian di https://www.casetify.com/co-lab/pestlemortarclothing bermula 6 Jun 2024.

Koleksi CASETiFY dan Pestle & Mortar Clothing - kerjasama pertama dengan jenama dari Malaysia 7

 Ianya boleh dibeli melalui aplikasi CASETiFY Co-Lab app (kini sedia untuk muat turun App Store), dan CASETiFY Studio . untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama ini layari CASETiFY.com

 Bagi yang berminat untuk melihat sendiri koleksi sebelum pembelian, Pestle & Mortar Clothing akan membuat pameran koleksi ini di kedai utama mereka di APW, Bangsar, Kuala Lumpur dari 6 – 30 Jun.

Koleksi CASETiFY dan Pestle & Mortar Clothing - kerjasama pertama dengan jenama dari Malaysia 8

Pengunjung boleh melihat sendiri koleksi kapsul dalam konteks dengan pakaian dan aksesori PMC serta memilih kegemaran mereka untuk membeli dalam talian.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.