Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Note 2 dengan skrin dwi-lengkung akan dilancarkan pada 25 Oktober

Xiaomi_Mi_Note_2_renderXiaomi Mi Note 2 dengan skrin dwi-lengkung akan dilancarkan pada 25 Oktober

Xiaomi telah menjadualkan acara khusus pada 25 Oktober yang akan diadakan di Peking University Gymnasium, China di mana ia dijangka melancarkan telefon pintar terbaru Xiaomi iaitu Mi Note 2.

Mi Note 2 ini dikatakan akan menggunakan skrin paparan yang berkualiti tinggi serta tidak mempunyai sebarang sensor atau kamera di bahagian atas.

Xiaomi_Mi_Note_2_Tony_Leong

Xiaomi turut mengumumkan bahawa pelakon Hong Kong, Tony Leung telah dijemput untuk menghadiri acara tersebut.

Mengikuti gambar terkini yang tertiris di laman Weibo, ia menunjukkan bahawa Xiaomi Mi Note 2 ini akan mempunyai bezel yang sangat nipis di empat belah pada bahagian hadapan.

Sebelum ini, Mi Note 2 dikatakan akan menggunakan skrin dwi-lengkung, tetapi gambar tertiris ini menunjukkan telefon pintar baru Xiaomi ini tidak mempunyai sebarang sensor atau butang navigasi di panel hadapan.

Walaubagaimanapun, desas desus mengenai ia akan hadir dengan dwi kamera masih belum muktamad buat masa ini.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.