ULASAN : HUAWEI Watch GT 6 – bukan biasa-biasa
ULASAN : HUAWEI Watch GT 6
Pengenalan
HUAWEI Watch GT 6 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia baru-baru ini sebagai sebuah jam tangan pintar yang bukanya hanya kelihatan premium
malah mempunyai pelbagai aspek kesihatan dan kecergasan yang menyeluruh.
Generasi HUAWEI Watch GT 6 pada tahun ini hadir didalam dua saiz yang disasarkan kepada jantina yang berbeza dimana saiz 41mm lebih sesuai untuk golongan wanita manakala saiz 46mm pula adalah lebih sesuai untuk golongan lelaki.
Selain itu, HUAWEI Watch GT 6 juga hadir dengan reka bentuk yang hampir sama seperti GT 6 Pro namun terdapat perbezaan pada beberapa ciri utama seperti bacaan ECG dan ciri selaman sehingga 40 meter.
Seterusnya, unit ulasan kami adalah HUAWEI Watch 6 bersaiz 46mm didalam warna Khaki Green yang boleh diangkat sebagai ‘hero color’ untuk generasi ini dan ianya tampil dengan tali Green Woven Starp yang diperbuat daripada fabrik yang ditenun untuk gaya dan keselesaan. Watch 6 juga hadir didalam warna Black bersama tali Fluoroelastomer dan Grey bersama tali kulit komposit.
Selepas beberapa minggu menggunakan jam tangan pintar ini, berikut adalah ulasan kami mengenai HUAWEI Watch 6 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,099.
Reka Bentuk
HUAWEI WATCH GT 6 menampilka reka bentuk yang sangat premium sebagai satu lagi peranti fesyen daripada syarikat ini. Ianya hadir dengan dengan kerangka yang diperbuat daripada keluli tahan karat dan juga memiliki bezel bulat yang menambahkan lagi penampilan premium jam tangan ini.
Selain itu, kerangka octagonal pada Watch GT 6 ini sudah pastinya memberikan identiti visual yang agak unik dan kombinasi bersama tali Green Woven menjadikanya pilihan yang lebih selesa dan moden berbanding tali logam atau kulit.
HUAWEI Watch GT 6 ini hadir didalam saiz 46 mm, ia agak besar dan memberikan penampilan yang ketara di lengan yang mana ianya sesuai untuk mereka yang sukakan jam pintar dengan paparan luas.
Bercakap mengenai dimensi jam pintar ini, ianya mempunyai ketebalan 10.95mm dengan berat 51.3 gram tanpa mengambil kira berat tali.
Beralih kepada skrin, HUAWEI Watch GT 6 memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 1.47-inci yang turut hadir dengan kecerahan maksima sehingga 3,000nits yang pastinya amat berguna apabila apabila digunakan dibawah cahaya matahari atau ketika aktiviti luar. HUAWEI Watch GT 6 juga hadir dengan ciri Always On Display yang mana paparan dimalap kan sedikit namun masih mengekalkan rekaan dan fungsi watch faces HUAWEI pilihan anda.
Seterusnya, Watch GT 6 juga mempunyai tahap ketahanan air yang menggagumkan iaitu 5ATM dan IP69 sekaligus menjadikanya amat sesuai untuk digunakan pada semua aktiviti kegemaran anda.
Ciri Kesihatan dan Kecergasan
Kesihatan
HUAWEI Watch GT 6 dikuasakan dengan Harmony OS 6.0 yang kelihatan dan terasa biasa dengan generasi Harmony OS sebelum ini. Ianya adalah antara muka yang sama dengan rekaan seperti kad yang berasaskan swipe bersama panel quick setting dan notification area.
Selain itu, Watch GT 6 disokong dengan butang Crown dan butang fungsi yang boleh diprogramkan kedua, kedua -duanya terletak di sebelah kanan selongsong. Tekan sekali pada crown akan membawa anda ke aplikasi. Butang fungsi pula akan melancarkan aplikasi senaman namun anda boleh menetapkannya ke aplikasi atau mod sukan dari tetapan.
Seperti produk wearable HUAWEI yang lain, Watch GT 6 boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS dengan menggunakan aplikasi HUAWEI Health yang memberikan anda akses mendalam kepada jam tangan pintar ini dan juga koleksi lebih 100,000 rekaan Watch Faces.

HUAWEI secara konsisten menawarkan penjejakan kesihatan dan aktiviti yang tepat pada jam tangan pintarnya, dan GT 6 membawa pelbagai ciri standard bersama beberapa pilihan baru dan sensor Trusense generasi baharu dan algoritma yang menawarkan data yang lebih tepat. Ia turut memiliki sensor suhu kulit.
Selain itu, Watch GT 6 juga menyokong bacaan kadar degupan jantung dan oksigen darah (SPO2) bersama-sama dengan pengukuran tidur dan tekanan serta ciri Emotional Wellbeing yang memberikan gambaran keadaan emosi anda berdasarkan bacaan tahap tekanan.
Bercakap mengenai kadar ketepatan penjejakan kesihatan, HUAWEI GT 6 adalah setaraf dengan kebanyakkan peranti utama daripada HUAWEI dan syarikat lain. Walaupun kadar denyutan jantung, dan maklumat SpO2 ini tepat, ia hanyalah pandangan kesihatan umum dan bukan laporan gred perubatan.
Lebih lanjut, penjejakan tidur pada GT 6 juga konsisten dari segi waktu tidur dan bangun selain turut juga berjaya mengesan keadaan dimana pengguna terjaga pada waktu malam. Watch GT 6 juga menawarkan statistik peringkat tidur (light, deep, REM), corak pergerakan, kadar degupan jantung, bacaan SpO2 dan kadar purata pernafasan .
Kecergasan
HUAWEI Watch GT 6 menyokong lebih daripada 100 aktiviti kecergasan dan ianya juga tampil dengan peningkatan ketepatan bacaan kadar degupan jantung bagi aktiviti berjalan dan berbasikal serta pengalaman golf yang lebih baik dengan peta vektor.
Peningkatan terbesar pada Watch GT 6 adalah rekaan antena dan algoritma gps baharu, yang menjanjikan ketepatan posisi 20% lebih baik dengan dwi-band yang menyokong semua sistem satelit utama.
Dalam pada itu, Watch GT 6 juga boleh digunakan bersama pelbagai peranti pihak ketiga yang lain seperti heart rate straps, cadence sensors, power meters dan speedometers yang berguna jika anda serius atau lebih profesional dalam mencatat statistik aktiviti kegemaran anda.
Secara keseluruhan, Watch GT 6 adalah salah satu jama tangan pintar yang lengkap dari segi penjejakan aktiviti kecergasan dan kami amat kagum dengan pelbagai ciri yang disertakan.
Lain-lain ciri HUAWEI Watch GT 6 adalah sokongan pembayaran QR Touch n Go eWallet, membuat dan menjawab panggilan, mendengar muzik dan banyak lagi.
Jangka Hayat Bateri
HUAWEI Watch GT 6 menawarkan sehingga 21 hari jangka hayat bateri yang mana bateri yang digunakan adalah jenis high-silicon yang mana kadar ketumpatan tenaga adalah 37% lebih tinggi. Jika anda mengaktifkan ciri AOD, ianya mampu menawarkan sehingga 7 hari penggunaan.
Seterusnya, pengecasan dari 0-100% mengambil masa sekitar 108 minit dengan menggunakan pengecas magnetik 10W yang disertakan didalam kotak.
Penutup
HUAWEI Watch GT 6 adalah sebuah jam tangan pintar yang bukan hanya menawarkan ciri kesihatan dan kecergasan yang lengkap. Ia juga tampil dengan rekaan yang premium dan jangka hayat bateri yang sangat baik.
Pada harga RM 1,099, HUAWEI Watch GT 6 adalah satu pilihan terbaik untuk pengguna yang sedang mencari jam tangan pintar kelas flagship pada harga yang berpatutan.
Dapatkan HUAWEI Watch GT 6 di sini











