realme 15T 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Oktober ini
Screenshot
realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa Realme 15T 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 30 Oktober 2025.
Sebagai versi kompak dalam siri realme 15, realme 15T hadir dengan skrin paparan berukuran 6.7-inci 4R comfort+ AMOLED, profil Ultra-Slim 7.79mm dan rekaan Featherlight dengan berat 181gram.
Telefon pintar premium ini juga dilengkapi dengan “rphone”-yang menampilkan sisi melengkung yang elegan atau ‘R-Corners’, kemasan matte yang anti-capjari, dan modul kamera aloi aluminium yang memperlihatlan ketukangan premium.
Dalam pada itu, warna Flowing Silver juga mempunyai ketukangan seluloid utama, dengan setiap bahagian mempamerkan tekstur organik yang tersendiri.
Selain itu, realme 15T juga akan hadir dengan cip Dimensity 6400, bateri 7,000mAh dengan pengecasan 60W, kamera belakang 50MP dan selfie 50MP, penarafan IP66/68/69.
Nantikan maklumat harga dan jualan di Malaysia pada 30 Oktober ini.

