Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Pad Mini kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,299

Xiaomi Pad Mini kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,299 1

Xiaomi Pad Mini kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,299 2

Selain Xiaomi 15G Series, Xiaomi juga telah memperkenalkan tablet Xiaomi Pad Mini.

Xiaomi Pad Mini hadir skrin paparan 3K berukuran 8.8-inci dengan kadar segar semula 165Hz. Ianya dikuasakan cip Dimensity 9400+ bersama 12GB RAM,  512GB storan dalaman dan HyperOS 3.

Xiaomi Pad Mini kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,299 3

Selain itu, Xiaomi Pad Mini juga hadir dengan reka bentuk yang nipis dan ringan iaitu 6.46mm dengan berat hanya 326gram dan tablet ini juga memiliki dua slot USB-C serta Xiaomi Focus Pen.

Seterusnya, Xiaomi Pad Mini juga memiliki bateri 7500mAh dengan pengecasan pantas 67W, kamera belakang 13MP, kamera hadapan 8MP, pembesar suara stereo Dolby Atmos, Hi-Res audio, Wi-Fi 7, dan Bluetooth 5.4.

Xiaomi Pad Mini kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,299 4

Xiaomi Pad Mini akan ditawarkan pada harga RM 2,199 namun akan ditawarkan pada harga promosi early bird bernilai RM 1,999 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.