Apple iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max kini rasmi – rekaan baharu dengan 3 sensor 48MP
Apple secara rasminya telah melancarkan iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max dengan reka bentuk yang lebih unik selain turut menggunakan aluminium.
Apple iPhone 17 dan iPhone 17 Pro Max hadir dengan kerangka unibodi aluminium 7000 Series yang turut melalui proses anodisasi pada bahagian luar dan ianya tampil didalam tiga warna iaitu Deep Blue, Silver dan Cosmic Orange.
Selain itu, kedua-dua iPhone 17 Pro ini memiliki lapisan gelas Ceramic Shield 2 yang 3 kali ganda lebih tahan calar dan 4 kali ganda tahan retak. Apple juga menyertakan lapisan anti-reflective pada skrin paparan.
Seterusnya,iPhone 17 Pro memiliki skrin paparan Super Retina XDR berukuran 6.3-inci manakala iPhone 17 Pro Max memiliki panel berukuran 6.9-inci . Kedua-dua nya adalah panel ProMotion dengan kadar segar semula adaptive 120Hz manakala kecerahan skrin mencecah 3,000 nits.
Sistem kamera terletak di atas bahagian yang lebih tinggi yang merupakan sebahagian daripada unibodi aluminium yang ditempa dan dimesin .
Kamera iPhone 17 Pro dan iPhone Pro Max terdiri daripada 3 sensor Fusion 48MP iaitu satu sensor wide 26mm, satu sensor ultrawide 13mm dan sensor telefoto 4x yang memiliki lensa 100mm f/2.8, ianya juga menawarkan 8x zoom digital. Pada bahagian adalah terdapat sensor 18MP Centre Stage Front Camera yang tidak lagi memerlukan anda menukar orientasi telefon pintar ketika mengambil selfie.
Seterusnya, Apple iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max hadir dengan cip 3nm Apple A19 Pro dan ianya juga membawakan sistem penyejukan Vapor Chamber serta cip N1 yang memberikan sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 6 dan Thread.
Tidak lupa, Apple iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max hadir dengan bateri terbesar pernah digunakan pada iPhone namun kapasiti bateri tidak didedahkan.
Apple iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada 12 September ini dengan jualan rasmi bermula 7 hari kemudian.
Berikut adalah harga Apple iPhone 17 Pro dan Apple iPhone 17 Pro Max di Malaysia
Apple iPhone 17 Pro 256GB – RM 5,499
Apple iPhone 17 Pro 512GB – RM 6,499
Apple iPhone 17 Pro 1TB – RM 7,499
Apple iPhone 17 Pro Max 256GB – RM 5,999
Apple iPhone 17 Pro Max 512GB – RM 6,999
Apple iPhone 17 Pro Max 1TB – RM 7,999
Apple iPhone 17 Pro Max 2TB – RM 8,999







