Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Xiaomi Smart Band 10 – Fitness Tracker ‘Bajet’ Yang Tak Rasa Bajet

ULASAN : Xiaomi Smart Band 10 – Fitness Tracker ‘Bajet’ Yang Tak Rasa Bajet 1

ULASAN : Xiaomi Smart Band 10 – Fitness Tracker ‘Bajet’ Yang Tak Rasa Bajet 2

Xiaomi Smart Band kini memasuki generasi ke-10 dan peranti kecergasan ini adalah tunjang kepada dominasi syarikat ini didalam pasaran wearable dan berjaya mengekalkan kedudukan No.1 sehingga kini.

Dengan pelancaran Xiaomi Smart Band 10, Xiaomi telah memperkenalkan beberapa ciri baharu namun pada masa yang sama telah menyaksikan sedikit peningkatan harga.

Antara yang telah menerima peningkatan adalah paparan yang lebih besar dan kecerahan yang lebih tinggi serta dakwaan penjejakan kecergasan dan kesihatan yang lebih tepat.

Nak tahu bagaimana Xiaomi Smart Band 10 ‘perform’ pada ulasan kami, teruskan membaca ulasan kami ini sehingga tamat.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 10 – Fitness Tracker ‘Bajet’ Yang Tak Rasa Bajet 3

Reka Bentuk

Xiaomi Smart Band 10 hadir dengan reka bentuk yang sama seperti generasi Mi Band yang sebelum ini namun penawaran skrin paparan ‘edge-to-edge’ memberikan pengguna satu pengalaman skrin yang lebih imersif.

Skrin paparan AMOLED 1.72-inci yang digunakan pada Xiaomi Band 8 menawarkan resolusi 212 x 512 piksel dengan kecerahan sehingga 1500nits (HBM) bersama kadar segar semula 60Hz.

Selain itu, Smart Band 10 juga mempunyai bezel sisi yang nipis iaitu kurang 2mm dan ini memberikan paparan yang lebih imersif yang amat penting memandangkan kesemua operasi melalui pada skrin sahaja.

Selain itu, Smart Band 10 juga hadir dengan kerangka aloi aluminum yang ringan dengan kemasan satin metalik bersama beberapa pilihan tali. Tali Smart Band 10 ini mempunyai ciri quick-release dan syarikat ini menawarkan pelbagai rekaan tali jam yang sesuai digayakan mengikut citarasa pengguna. Jam kecergasan ini juga mempunyai pensijilan kalis air 5ATM.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 10 – Fitness Tracker ‘Bajet’ Yang Tak Rasa Bajet 4

Ciri Kecergasan

Xiaomi Smart Band 10 menawarkan sokongan untuk lebih dari 150 aktiviti kecergasan yang mana ianya menjejaki metrik utama dengan tepat seperti VO₂ maks, beban latihan dan tempoh pemulihan – memberikan cerapan yang boleh diambil dijadikan rujukan untuk mengoptimumkan prestasi senaman anda.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 10 – Fitness Tracker ‘Bajet’ Yang Tak Rasa Bajet 5

Selain itu, Smart Band 10 juga memilik mod swimming yang lebih baik dengan menggunakan sensor 9-axis  yang dipertingkatkan dan teknologi pengecaman lejang yang didokong AI, ia mencapai ketepatan 96%* dalam menjejak kiraan pusingan. Ia juga menyokong pemantauan kadar denyutan jantung masa nyata buat pertama kali  – memberikan rekod yang lebih komprehensif untuk latihan berenang.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 10 – Fitness Tracker ‘Bajet’ Yang Tak Rasa Bajet 6

Selain untuk renang, Smart Band 10 juga amat sesuai dibuat sebagai teman untuk aktiviti larian dimana ianya turut memiliki 10 kursus larian terbina dengan tahap kesukaran yang berbeza-beza. Smart Band menyediakan panduan yang jelas dan disokong secara saintifik untuk setiap larian.

Seterusnya, Xiaomi Smart Band 10 juga memberikan Vitality Score dengan mengambil kira aktiviti anda selama 7 hari kepada skor, menilai tahap aktiviti anda dan memastikan anda terus bermotivasi untuk kekal aktif.

Dalam pada itu, Smart Band 10 hadir dengan Xiaomi HyperOS 2.0. Ia adalah sistem pengendalian masa nyata (RTOS) yang dikendalikan melalui swipe namun operasi tanpa butang fizikal menjadikan menavigasi UI pada skrin kecil ini sangat mencabar.

Seperti pada peranti kecergasa Xiaomi yang lain, aplikasi Mi Fitness adalah sesuatu yang perlu anda muat turun pada telefon pintar tidak kira bangsa Android atau iOS. Mi Fitness memberikan anda akses kepada data kesihatan, data aktiviti dan menukar watch faces kegemaran.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 10 – Fitness Tracker ‘Bajet’ Yang Tak Rasa Bajet 7

Ciri Kesihatan

Xiaomi Smart Band 10 hadir dengan sensor kadar degupan jantung yang termasuk sensor SpO2, penjejakan tidur dan banyak lagi. Menariknya, bacaan degupan jantung pada Smart Band 10 dilihat lebih konsisten dan tepat manakala bacaan SpO2 pula juga tepat namun masih memiliki peratusan perbezaan yang kecil berbanding mesin pulse oximeter.

Selain itu, Smart Band 10 juga telah menambahbaik bacaan degupan jantung ketika melakukan aktiviti dimana generasi baharu menawarkan bacaan yang lebih tepat dan setara dengan jam kecergasan lain dipasaran.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 10 – Fitness Tracker ‘Bajet’ Yang Tak Rasa Bajet 8

Bateri

Xiaomi Smart Band 10 memiliki bateri 233mAh yang sama seperti pada Band 9 dan ianya mampu memberikan sehingga 21 hari penggunaan didalam satu pengecasan namun ianya mungkin hanya boleh dicapai dengan penggunaan yang lebih memfokuskan kepada ketahanan bateri.

Untuk pengecasan, 0-100% pengecasan dijangka mengambil masa sekitar 50 minit.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 10 – Fitness Tracker ‘Bajet’ Yang Tak Rasa Bajet 9

Penutup

Xiaomi Smart Band 10 adalah jam kecergasan kelas entry level yang terbaik dan dengan paparan yang lebih cerah dan pelbagai rekaan tali jam, jam kecergasan ini kini juga boleh digayakan mengikut keperluan fesyen anda.

Selain itu, Smart Band 10 juga membawakan bacaan kadar degupan jantung yang lebih tepat selain jangka hayat bateri yang melebih lebih dari 10 hari secara purata.

Xiaomi Smart Band 10 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 219.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.