vivo X Fold5 kini rasmi di Malaysia dengan kapasiti bateri terbesar pada foldable – harga RM 6,999
vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar boleh lipat vivo X Fold5 di Malaysia yang merupakan model foldable pertama syarikat ini untuk ditawarkan dipasaran tempatan.
vivo X Fold5 hadir dengan paparan utama AMOLED ZEISS Master Color Display berukuran 8.03-inci manakala skrin luar adalah panel AMOLED berukuran 6.53-inci. Kedua-dua panel ini menyokong kadar segar semula 120Hz bersama kecerahan maksima yang mencecah 4,500nits.
Selain itu, vivo X Fold5 juga hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama 16GB RAM dan storan dalaman 512GB UFS 4.1 serta FuntouchOS 15 yang berasaskan Android 15.
Seterusnya, X Fold5 juga memiliki tiga sensor 50MP dibahagian belakang iaitu sensor utama 50MP, sensor telefoto 50MP (OIS) dan sensor ultrawide 50MP. Ianya tampil dengan beberapa ciri fotografi yang berasaskan AI seperti AI Magic Move, Telephoto Macro, Telephoto Enhancement, Stage Mode dan banyak lagi.
Dalam pada itu, vivo X Fold5 menjadi foldable pertama dipasaran untuk hadir dengan bateri yang mencecah kapasiti 6,000mAh namun masih mengekalkan profil yang nipis iaitu hanya 9.2mm ketika dilipat atau 4.3mm ketika dilipat. Ianya turut memiliki penarafan kalis air dan debu IPX8, IPX9, IPX9+ dan IP5X.
Tidak lupa juga, vivo X Fold5 turut memiliki sokongan pengecasan pantas 80W dan pengecasan tanpa wayar 40W.
Akhir sekali, X Fold5 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Titanium Gray dan Feather White pada harga RM 6,999 dimana pra-tempahan telah dibuka sehingga 1 Ogos ini yang turut membolehkan pengguna menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM 3,196.






