Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Pura80 Series kini rasmi di Malaysia

HUAWEI Pura80 Series kini rasmi di Malaysia 1

HUAWEI Pura80 Series kini rasmi di Malaysia 2

HUAWEI secara rasminya  telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu HUAWEI Pura80 Series di Malaysia. Ianya hadir untuk mentakrifkan semula sempadan fotografi mudah alih dengan teknologi pengimejan termaju dan reka bentuk baharu.

HUAWEI Pura80 Series kini rasmi di Malaysia 3

HUAWEI Pura80 Series kini ditawarkan didalam dua model untuk pasaran Malaysia iaitu Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra namun versi ‘vanilla’ Pura80 akan tiba didalam masa terdekat.

HUAWEI Pura80 Series kini rasmi di Malaysia 4

HUAWEI Pura 80 Pro

HUAWEI Pura 80 Pro hadir dengan skrin paparan LTPO OLED 120Hz berukuran 6.80-inci dengan resolusi FHD+. Ianya turut dikuasakan dengan cip Kirin 9020 bersama 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Selain itu, HUAWEI Pura 80 Pro hadir dengan sensor utama 50MP jenis 1″ dengan apertur boleh ubah f/1.6-f/4.0 seperti pada Pura 80 Ultra. Ia dipasangkan dengan lensa telefoto bersamaan 93mm dengan zum optik 4x dan apertur f/2.1 yang lebih luas serta sensor ultralebar 40MP. Pura 80 Pro juga memiliki bateri 5,170 mAh dengan pengecasan pantas 66W.

HUAWEI Pura80 Series kini rasmi di Malaysia 5

HUAWEI Pura 80 Ultra

HUAWEI Pura 80 Ultra hadir dengan skrin paparan LTPO OLED 120Hz berukuran 6.83-inci dengan resolusi FHD+,  cip Kirim 9020 bersama 16GB RAM dan 1TB storan dalaman. Ianya juga memiliki bateri berkapasiti 5,170nAh dengan pengecasan pantas 100W dan pengecasan pantas tanpa wayar 80W.

HUAWEI Pura80 Series kini rasmi di Malaysia 6

Huawei terus meneroka teknologi dalam fotografi, Pura 80 Ultra hadir dengan sensor telefoto periskop 1/1.28 inci (50MP) yang dipasang pada dua kanta . Anda mendapat telefoto pendek setara 83mm f/2.4 (3.7x) dengan resolusi 50MP dan 212mm f/3.6 (10x) untuk tangkapan lebih panjang yang meliputi 12.5MP. Huawei menambah motor tahap mikron yang bertukar antara dua kanta zoom, dengan keseluruhan komponen pada mekansima ini terdiri daripada lebih 140 komponen.

Dalam pada itu, sensor utama 50MP ini adalah sensor RYYB 1″, kanta apertur boleh ubah dengan 16 hentian julat dinamik. Sensor lain di bahagian belakang ialah sensor ultrawide 40MP bersamaan 13mm.

HUAWEI Pura80 Series kini rasmi di Malaysia 7

HUAWEI Pura80 Pro akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,599 manakala HUAWEI Pura80 Ultra akan ditawarkan pada harga RM 6,599. Kempen Jualan permulaan HUAWEI Pura 80 Series 2025 akan berlangsung dari 2 Ogos hingga 31 Disember 2025.

HUAWEI Pura80 Series kini rasmi di Malaysia 8

Pelanggan yang membeli mana-mana model Siri HUAWEI Pura 80 dalam tempoh ini layak untuk menuntut hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,978.

HUAWEI Pura80 Series kini rasmi di Malaysia 9

Pra-tempah HUAWEI Pura80 Series di HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, dan HUAWEI Official TikTok Shop, dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,428, termasuk HUAWEI FreeBuds Pro 4 dan HUAWEI Care+ bernilai satu tahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.