Xiaomi Mi 5s dijangka akan dilancarkan pada 27 September
Xiaomi Mi 5s dijangka akan dilancarkan pada 27 September
Xiaomi telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah peranti yang mempunyai ‘S’ pada 27 September. Peranti yang bakal dilancarkan ini dikatakan adalah Mi 5s.
Mengikuti desas desus terkini, Mi 5s akan hadir dengan sokongan pengimbas capjari ultrasonik yang buat kali pertama digunakan di telefon pintar.
Dari segi spesifikasi, Mi 5s ini dikhabarkan akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 821 dan skrin 5.15 inci. Ia juga akan dilengkapi memori 6GB RAM dan storan 256GB. Kamera belakang peranti ini adalah 16 megapixel dan bateri ia bersaiz 3,490mAh battery.