Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V5 kini rasmi di Malaysia – harga RM 6,999

HONOR Magic V5 kini rasmi di Malaysia - harga RM 6,999 1

HONOR Magic V5 kini rasmi di Malaysia - harga RM 6,999 2

HONOR secara rasminya telah melancarkan telefon pintar HONOR Magic V5 di Malaysia dan telefon pintar foldable ini adalah lebih nipis dan ringan serta lebih kukuh sesuai dengan slogan Slimmest, No Compromise.

Menariknya, HONOR Magic V5 kini merangkul semula gelaran telefon pintar foldable ternipis didunia dengan ketebalan 8.8mm (4.1mm ketika dibuka sepenuhnya) berserta berat 217-222 gram.

HONOR Magic V5 kini rasmi di Malaysia - harga RM 6,999 3

Beralih kepada skrin paparan utama pula, Honor Magic V5 memiliki skrin paparan  LTPO OLED berukuran 7.95-inci bersama kadar segar semula  120Hz,  kecerahan maksima 5,000 nits dan kadar PWM dimming 4,320Hz. Panel ini adalah jenis 10-bit yang menyokong 1 bilion warna dan HDR10+. Terdapat kamera selfie adalah 20MP. Panel skrin ini juga dikenali HONOR Super Armored Inner Screen yang mengandungi gel silikon Non-Newtonia untuk menyerap impak dengan lebih baik.

HONOR Magic V5 kini rasmi di Malaysia - harga RM 6,999 4

Selain itu, Magic V5 juga hadir dengan cover screen   OLED berukuran 6.45-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan maksima 5,000nits dan kadar PWM Dimming 4,320Hz. Panel skrin ini juga dilapisi gelas keselamatan HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield yang 10x lebih tahan calar dan jatuhan.

Seterusnya , Honor Magic V5 hadir dengan cip  Snapdragon 8 Elite , 16GB RAM dan storan dalaman 512GB. 

HONOR Magic V5 kini rasmi di Malaysia - harga RM 6,999 5

Beralih kepada kamera, Honor Magic V5 tampil dengan sensor utama Falcom 50MP dengan aperture f/1.9 dan OIS, sensor ultrawide + makro 50MP f/2.0 dan sensor telefoto periskop 64MP dengan 3.5x zoom optik dan OIS. Kamera selfie pada cover screen dan main screen adalah 20MP.

Seterusnya, Honor Magic V5 juga memiliki bateri berkapasiti 5,820mAh yang merupakan sel bateri silikon karbon (15% kandungan silikon karbon) dan ianya juga menyokong pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge dan 50W pengecasan tanpa wayar.

Lain-lain spesifikasi HONOR Magic V5 adalah penarafan kalis air dan habuk IP58 & IP59 ,  MagicOS 9.0.1, ciri AI seperti AI Writing Tools, AI Call Translation, Gemini Live, dan perkongsian fail antara peranti iOS dengan lebih mudah.

HONOR Magic V5 kini rasmi di Malaysia - harga RM 6,999 6HONOR Magic V5 kini rasmi di Malaysia - harga RM 6,999 7

Akhir sekali, HONOR Magic V5 kini ditawarkan didalam empat warna iaitu Dawn Gold, Ivory White, Black dan Silk Brown pada harga RM 6,999 dengan setiap pra- tempahan (15-24 Julai 2025) akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 3,496 yang termasuk Harmon Kardon Onyx Studio 9 dan 1 tahun perlindungan skrin dan 2 tahun pelan perlindungan kualiti.

HONOR Magic V5 kini rasmi di Malaysia - harga RM 6,999 8

Anda juga boleh mendapatkan HONOR Magic Pen pada harga PWP bernilai RM 249 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.