Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Headphone (1) turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Nothing Headphone (1) turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia 1

Nothing Headphone (1) turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia 2

Nothing secara rasminha telah melancarkan fon kepala atas telinga pertamanya – Headphone (1) yang datang dengan rekaan lutsinar ikonik Nothing  pada bahagian luar cuping telinga dan bersedia untuk mencabar fon kepala pembatalan bunyi hingar utama daripada jenama seperti Sony, Bose dan Sennheiser.

Nothing Headphone (1) turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia 3

Headphpone (1) dibangunkan dengan kerjasama jenama audio British KEF dan menampilkan pemacu dinamik 40mm dan perisian semuanya menampilkan penalaan KEF. Nothinh juga yang membawakan equaliser bunyi lapan jalur, yang boleh anda laraskan dalam aplikasi Nothing X. Terdapat juga sokongan untuk codec AAC, SBC dan LDAC.

Selain itu, Headphpone (1) juga mempunyai sejumlah enam mikrofon, dipasangkan dengan sistem pembatalan hingar aktif (ANC) hibrid 42dB. Ia turut hadir dengan   Bluetooth 5.3 dengan gandingan dwi peranti dan sokongan untuk Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair. Anda juga mendapat pengesanan dalam telinga untuk main/hentikan media secara automatik.

Nothing Headphone (1) turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia 4

Fon kepala ini mempunyai  329 gram dan mempunyai perlindungan IP52 terhadap habuk dan air.

Headphpone (1) juga mendapat beberapa butang yang terletak pada cup telinga termasuk dail roller untuk kawalan kelantangan dan paddle untuk menukar lagu. Anda juga mendapat butang khas yang boleh ditetapkan untuk menukat antara mod ANC, melancarkan pembantu suara anda atau menjawab panggilan.

Nothing Headphone (1) turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia 5

Dalam pada itu, ianya dilaporkan memiliki jangka hayat bateri sehingga 80 jam (tanpa ANC) dengan bateri berkapasiti 1,040mAh. Pengecasan dilakukan melalui USB-C, dan ia turut menampilkan bicu fon kepala 3.5mm jika anda lebih suka menggunakan sambungan berwayar.

Nothing Headphone (1) turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia 6

Headphpone (1) hadir didalam dalam warna hitam dan putih pada harga RM 1,099 dimana pra-tempahan akan dibuka dari 12 Julai dengan jualan rasmi bermula dari 1 Ogos 2025. Setiap pra-tempahan juga akan menerima Nothing Headphone Protective Cover.

Nothing Headphone (1) turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia 7

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.