Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip7 kini rasmi dengan FlexWindow terbesar dan cip Exynos 2500 – dari RM 4,999

Samsung Galaxy Z Flip7 kini rasmi dengan FlexWindow terbesar dan cip Exynos 2500 - dari RM 4,999 1

Samsung Galaxy Z Flip7 kini rasmi dengan FlexWindow terbesar dan cip Exynos 2500 - dari RM 4,999 2

Bersama Samsung Galaxy Z Fold7, Samsung juga telah memperkenalkan telefon pintar Galaxy Z Flip7 yang turut melalui rekaan semula yang menjadikanya sebagai telefon pintar Galaxy Z Flip yang ternipis pernah dilancarkan pada ukuran 13.7mm dan 188gram.

Samsung Galaxy Z Flip7 kini rasmi dengan FlexWindow terbesar dan cip Exynos 2500 - dari RM 4,999 3

Samsung Galaxy Z Flip7 juga hadir dengan engsel FlexHinge yang lebih kukuh bersama kerangka Armor Aluminum. Ianya juga tampil dengan FlexWindow terbesar pada Galaxy Z Flip iaitu bersaiz 4.1-inci yang memenuhi keseluruhan panel hadapan dan ini termasuk mengelilingi kamera.

Samsung Galaxy Z Flip7 kini rasmi dengan FlexWindow terbesar dan cip Exynos 2500 - dari RM 4,999 4

Panel skrin hadapan Galaxy Z Flip7 ini mempunyai sokongan kadar segar semula 120Hz dan Vision Booster. FlexWindow pada generasi baharu juga menyokong sepenuhnya segala aplikasi tanpa sebarang limitasi seperti sebelum ini. Ianya turut dilapisi gelas Gorilla Glass Victus 2 pada panel hadapan dan belakang.

Samsung Galaxy Z Flip7 kini rasmi dengan FlexWindow terbesar dan cip Exynos 2500 - dari RM 4,999 5

Beralih kepada skrin paparan utama, Galaxy Z Flip7 kini bersaiz 6.9-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan Vision Booster. Berita baik kepada pengguna adalah ‘crease’ atau lekukan pada skrin adalah sangat minimal.

Seterusnya, Samsung Galaxy Z Flip7 menjadi telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan cip terbaru keluaran syarikat ini iaitu Exynos 2500 (3nm) bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB. Ianya turut hadir dengan One UI 8 yang berasaskan Android 16 dan Galaxy AI.

Samsung Galaxy Z Flip7 kini rasmi dengan FlexWindow terbesar dan cip Exynos 2500 - dari RM 4,999 6

Ke bahagian kamera pula, Galaxy Z Flip7 memiliki sensor utama 50MP bersama sensor ultrawide 12MP dan sensor selfie 12MP. Antara ciri kamera menarik yang ditawarkan pada telefon pintar Galaxy Z Flip7 ini adalah auto zoom, zoom slider dan real-time filter.

Seterusnya, Galaxy Z Flip7 hadir dengan bateri yang lebih besar iaitu bateri 4,300mAh dengan pengecasan pantas 25W dan pengecasan tanpa wayar 15W. Ciri lain yang disertakan adalah Gemini on FlexWindow, auto curated wallpaper dan banyak lagi.

Samsung Galaxy Z Flip7 kini rasmi dengan FlexWindow terbesar dan cip Exynos 2500 - dari RM 4,999 7

Samsung Galaxy Z Flip7 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Blue Shadow, Jet Black, Coral Red dan Green Mint yang merupakan warna eksklusif di Samsung.com.

Samsung Galaxy Z Flip7 akan ditawarkan pada harga RM 4,999 bagi versi 12/256GB dan RM 5,599 bagi versi 12/512GB.

Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Flip7 kini dibuka secara rasmi sehingga 31 Julai ini dengan jualan rasmi akan bermula dari 1 Ogos 2025.

Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip7 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.