Samsung Galaxy Z Fold7 kini rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan kamera lebih premium – RM 7,799
Persaingan foldable pada tahun ini dilihat semakin menarik dengan pelancaran Samsung Galaxy Z Fold7 yang boleh dikatakan sebagai Galaxy Z Fold terbaik yang pernah dikeluarkan oleh syarikat ini.
Jika dibandingkan dengan Galaxy Z Fold6 yang dilancarkan tahun lalu, ianya seolah Galaxy Z Fold7 telah melompat beberapa generasi kehadapan.
Menariknya, sebelum pelancaran global, Samsung telah mengacah tentang pelancaran sebuah telefon pintar boleh lipat kelas Ultra dan Galaxy Z Fold7 ini adalah model Ultra yang dimaksudkan walaupun ianya tidak membawa moniker tersebut.
Samsung Galaxy Z Fold7 hadir ke pasaran sebagai telefon pintar Galaxy Z Fold ternipis didalam sejarah iaitu dengan ketebalan 8.9mm ketika dilipat dan hanya 4.2mm ketika dibuka manakala berat adalah 215 gram. Ini menjadikanya telefon pintar boleh lipat ini adalah 26% lebih nipis dan 24 gram lebih ringan berbanding Galaxy Z Fold6.
Menyentuh sedikit mengenai komponen yang mencantumkan segalanya iaitu engsel, Samsung Armor FlexHinge dengan multi-rail stucture membolehkan telefon pintar ini lebih tahan lasak dengan penggunaan titanium gred 4.
Bercakap mengenai skrin, Galaxy Z Fold7 tampil dengan Dynamic AMOLED 2x berukuran 8.0-inci dengan resolusi 2160 x 1856 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini adalah 11% lebih besar berbanding skrin Galaxy Z Fold6.
Selain itu, skrin paparan luar pada Samsung Galaxy Z Fold7 akan mempunyai ukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan ianya juga menempatkan kamera selfie 10MP. Ianya juga lebih lebar yang menjadikanya lebih selesa untuk digunakan seperti telefon pintar tradisional.
Seterusnya, Galaxy Z Fold7 dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy, 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Ianya akan hadir dengan One UI 8 berasaskan Android 16 dan Galaxy AI yang mana beberapa ciri AI nya telah ditambah baik.
Beralih kepada kamera, Galaxy Z Fold7 kini membawakan sistem kamera gred flagship buat pertama kali pada peranti boleh lipat dan ianya memiliki sensor utama 200MP bersama sensor telefoto 3x 10MP dengan 2x zoom optikal dan sensor ultrawide 12MP. Samsung juga telah menyingkirkan kamera UD yang digunakan sebelum ini dan menggantikanya dengan sensor selfie 10MP (100° FoV) pada main screen dan cover screen.
Ke bahagian bateri, Galaxy Z Fold7 hadir dengan kapasiti bateri 4,400mAh yang mana ianya adalah kapasiti yang sama namun pada peranti yang lebih nipis dan ringan. Ianya juga menawarkan sokongan pengecasan pantas 25W serta pengecasan tanpa wayar 15W.
Samsung Galaxy Z Fold7 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Blue Shadow, Jet Black dan Silver Shadow manakala warna eksklusif Samsung.com adalah Mint.
Samsung Galaxy Z Fold7 akan ditawarkan pada harga RM 7,799 bagi versi 12/256GB dan RM 8,399 bagi versi 12/512GB dan RM 9,899 bagi versi 16/1TB.
Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold7 kini telah dibuka mulai sekarang sehingga 31 Julai manakala jualan rasmi akan bermula pada 1 Ogos 2025.
Dapatkan Samsung Galaxy Z Fold7 di SINI










