Samsung Galaxy S25 dan Galaxy S25+ dilancarkan dengan cip Snapdragon 8 Elite – harga dari RM 3,999

Selain Samsung Galaxy S25 Ultra, Samsung Galaxy S25 dan Samsung Galaxy S25+ juga telah dilancarkan secara rasmi dengan upgrade yang lebih minimalistik namun kini telah kembali menggunakan cipset flagship Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite for Galaxy dan tidak lupa pelbagai ciri Galaxy AI yang ditambahbaik bersama beberapa ciri baharu.

Dari segi reka bentuk, Samsung Galaxy S25 dan Samsung Galaxy S25+ memiliki rekaan yang seperti generasi sebelum ini dan ianya berasaskan gelas dan aluminium yang premium yang dikenali sebagai one mass design dengan panel skrin yang rata.
Selain itu, Samsung Galaxy S25 dan Galaxy S25+ tampil dengan reka bentuk yang berasaskan Enhanced Armor Aluminium dan lapisan Gorilla Glass Victus 2 pada bahagian hadapan dan belakang.
Seterusnya itu, Galaxy S25 dan Galaxy S25+ memiliki skrin paparan Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.2-inci (FHD+) dan 6.7-inci (QHD+) dengan kadar segar semula 1Hz-120Hz (LTPO) dan kecerahan maksima sehingga 2,600nits. Kedua-dua model juga mempunyai sensor capjari ultrasonic dalam skrin.
Seterusnya, Samsung Galaxy S25 dan Galaxy S25+ dijana cip pemprosesan flaghsip terbaru Snapdragon 8 for Galaxy bersama 12 RAM dan tiga pilihan storan dalaman iaitu 128GB (Galaxy S25 sahaja), 256GB atau 512GB.
Ke bahagian kamera pula, kedua telefon pintar ini juga berkongsi sistem kamera yang sama iaitu satu sensor utama Wide 50MP yang memiliki Dual Pixel AF dan OIS, sensor ultrawide 12MP, sensor telefoto 10MP yang menawarkan 3x zoom optik dan turut mempunyai OIS. Kamera selfie adalah 12MP yang sama seperti pada Galaxy S25 Ultra.
Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy S25 memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W (0-50% dalam 30 minit) manakala Samsung Galaxy S25+ pula memiliki bateri berkapasiti 4,900mAh dengan pengecasan pantas 45W (0-65% dalam 30 minit). Kedua-dua peranti ini juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 15W.
Lain-lain spesifikasi Galaxy S25 dan Galaxy S25+ adalah Bluetooth 5.4, penarafan kalis air dan habuk IP68, Wi-Fi 7 , ciri Circle to Search by Google, Google Gemini dan One UI 7 yang berasaskan Android 15 bersama jaminan 7 tahun kemaskini Android.
Berikut adalah harga Samsung Galaxy S25 dan Galaxy S25+ di Malaysia :
- Samsung Galaxy S25 256GB – RM 3,999
- Samsung Galaxy S25 512GB – RM 4,599
- Samsung Galaxy S25+ 256GB – RM 4,999
- Samsung Galaxy S25+ 512GB – RM 5,599
Dari 23 Januari hingga 13 Februari 2025, pelanggan boleh menikmati tawaran bernilai sehingga RM1,600 apabila mereka membuat pra-pesanan bagi Galaxy S25 Series. Dapatkan storan berganda bernilai sehingga RM600 untuk model terpilih dan nikmati diskaun sehingga RM400 apabila anda membayar dengan kad bank CIMB. Jangan lupa untuk menebus e-baucar pra-pendaftaran anda bernilai sehingga RM600 dengan membuat pra-tempahan sekarang.
Dapatkan Samsung Galaxy S25 Series di : http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s25-ultra/buy/