Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Roadshow HONOR Magic7 Pro akan berlangsung di Sunway Pyramid dari 15 Januari ini

Roadshow HONOR Magic7 Pro akan berlangsung di Sunway Pyramid dari 15 Januari ini 1

Roadshow HONOR Magic7 Pro akan berlangsung di Sunway Pyramid dari 15 Januari ini 2

Susulan pelancaran telefon pintar Flagship AI Terbaik 2025, HONOR Magic7 Pro, HONOR telah mengumumkan akan mengadakan jerayawara selama lima hari di Sunway Pyramid dari 15 sehingga 19 Januari 2025.

Pada jerayawara itu, anda berpeluang menyertai aktiviti menarik, menikmati tawaran hebat, serta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM65,000.

Roadshow HONOR Magic7 Pro akan berlangsung di Sunway Pyramid dari 15 Januari ini 3

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Dengan Nilai Keseluruhan RM65,000!

Bukan itu sahaja! Pembeli yang berbelanja lebih dari RM1,000 dengan membeli HONOR Magic7 Pro atau peranti HONOR lain semasa jerayawara ini layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik bernilai RM65,000 menanti mereka! Seramai 10 pemenang hadiah pertama akan membawa pulang HONOR Choice Robot Cleaner R2, tiga pemenang tempat kedua akan menerima HONOR Haylou Watch, manakala 30 pemenang akan mendapat HONOR Earbuds X3.

Selain itu, HONOR turut menyediakan pelbagai hadiah sagu hati menarik termasuk Beg Sandang HONOR, kipas elektrik kecil dan payung.

Roadshow HONOR Magic7 Pro akan berlangsung di Sunway Pyramid dari 15 Januari ini 4

Prapesanan HONOR Magic7 Pro akan dibuka sehingga 16 Januari 2025 

Sementara itu, prapesanan HONOR Magic7 Pro juga boleh dilakukan di jerayawara Sunway Pyramid sehingga 16 Januari ini. Pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM2,096 serta rebat segera RM200. Pakej hadiah percuma ini terdiri daripada jam tangan pintar HONOR Watch 5,  pengecas wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Penggantian one-to-one selama 180 Hari.

Lebih lanjut,  Magic7 Pro ini hadir dalam dua konfigurasi iaitu 12GB RAM dengan storan 512GB pada harga RM4,599 dan 16GB RAM dengan storan gergasi 1TB pada harga RM5,199. Flagship ini didatangkan dalam tiga warna premium menawan iaitu Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan Black.

Berikut senarai promosi telefon pintar, tablet, komputer riba, dan peranti boleh pakai semasa jerayawara tersebut:

Roadshow HONOR Magic7 Pro akan berlangsung di Sunway Pyramid dari 15 Januari ini 5 Roadshow HONOR Magic7 Pro akan berlangsung di Sunway Pyramid dari 15 Januari ini 6

Jom baca : ULASAN : HONOR Magic7 Pro – Adakah ini AI Flagship terbaik bagi tahun 2025?

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.