realme Neo7 SE disahkan akan hadir dengan cip terbaru Dimensity 8400
Selepas pengumuman cip MediaTek Dimensity 8400 yang merupakan cip pertama kelas midrange premium yang memiliki CPU ‘big core’, beberapa syarikat telefon pintar telah mengumumkan penggunaan cipset ini pada peranti mereka.
Model pertama yang akan hadir dengan cip Dimensity 8400 ini adalah Redmi Turbo 4 yang dijangka akan dilancarkan pada Januari dan realme juga telah mengesahkan penggunaan cipset ini.
Walaubagaimanapun, realme tidak mendedahkan model telefon pintar tersebut namun ‘leaker’ terkenal iaitu Digital Chat Station telah mendedahkan nama telefon pintar realme ini iaitu realme Neo7 SE.
Selain maklumat cipset, masih belum ada spesifikasi lain telefon pintar ini diketahui dan ianya juga hampir pasti akan dilancarkan dipasaran China terlebih dahulu.