Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme Buds T310 – earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik

ULASAN : realme Buds T310 - earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik 1

ULASAN : realme Buds T310 - earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik 2

Pengenalan

Bersama pelancaran GT 7 Pro baru-baru ini, realme juga telah membawa masuk satu lagi TWS mampu milik iaitu realme Buds T310 yang tampil dengan spesifikasi premium seperti active noise cancelation (ANC), 360-degree spatial audio dan sehingga 40 jam pendengaran muzik.

Persoalanya, adakah realme Buds T310 mampu memenuhi keperluan muzik anda setimpal dengan harga jualan RM 199.

ULASAN : realme Buds T310 - earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik 3

Rekaan

Sejurus selepas anda buka kotak, bekas pengecasan realme Buds T310 akan menyapa anda dengan rekaan yang cukup premium dimana ianya hadir didalam kemasan matte berwarna hitam (Vibrant Black).

Bekas pengecasan ini mempunyai sudut sisi yang lebih bulat pada keempat-empat sisi dan ini memudahkan ianya disimpan didalam poket.

ULASAN : realme Buds T310 - earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik 4

Selain warna Vibrant Black, harus juga kami maklumkan bahawa Buds T310 ini turut ditawarkan didalam warna Monet Purple dan Agile White.

ULASAN : realme Buds T310 - earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik 5

Seterusnya, di bawah penjenamaan realme, terdapat satu lampu LED manakala pada bahagian bahawa terdapat slot pengecasan USB-C.

ULASAN : realme Buds T310 - earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik 6

Dalam pada itu, jika anda membuka bekas pengecasan ini, anda boleh melihat sepasang earbuds T310 yang disimpan kukuh. fon telinga ini diperbuat daripada bahan polikarbonat lembut yang mempunyai eartip lembut didalam warna hitam yang pastinya menyembunyikan kotoran yang mungkin terbina selepas lama digunakan. realme juga menyertakan eartip berlainan saiz untuk gegendang telinga yang berlainan bentuk.

Lebih lanjut, sepanjang pengunaan, earbud ini kekal selesa didalam telinga walaupun untuk tempoh yang panjang seperti didalam perjalanan ke tempat kerja menaiki MRT.

Tidak lupa juga, realme Buds T310 juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP55 yang memberikan anda ketenangan minda apabila digunakan ketika hujan atau aktiviti sukan yang mungkin melibatkan air dan peluh.

ULASAN : realme Buds T310 - earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik 7

Ciri-Ciri Audio

realme Buds T310 ini hadir dengan sokongan Bluetooth 5.4 dengan ciri Dual Device Connection yang membolehkan earbuds ini disambungkan kepada dua peranti serentak seperti telefon pintar dan tablet memastikan anda tidak terlepas sebarang panggilan penting walaupun sedang berhibur pada tablet.

Seterusnya, Buds T310 juga memiliki ciri pembatalan bunyi hingar aktif hibrid (ANC) yang ditawarkan didalam tiga tahap iaitu mild, moderate dan max. Ciri hibrid ANC yang ditawarkan pada earbuds ini mampu menapis bunyi bising sehingga 46dB. ULASAN : realme Buds T310 - earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik 8

Seterusnya, realme juga menyediakan aplikasi realme Link yang tersedia pada Google Play StoreGoogle Play Store dan Apple App Store khusus buat pengguna iPhone. Ini membolehkan anda mengakses pelbagai tetapan earbuds dengan lebih mudah seperti peratusan bateri, menukar mod ANC dan mendengar muzik yang menenangkan fikiran pada bahagian yang dikenali sebagai MindFlow.

ULASAN : realme Buds T310 - earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik 9

Satu ciri yang menarik perhatian kami adalah 360° spatial audio yang menawarkan anda bunyi imersif (surround), sesuatu yang pasti tidak ramai menjangkakan akan ditawarkan oada earbuds mampu milik seperti ini.

ULASAN : realme Buds T310 - earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik 10

Kualiti Audio dan Panggilan

Dari segi keseimbangan dan perincian audio, earbuds ini berfungsi dengan baik. Tidak dapat dinafikan, realme telah menala pemacu dinamik 12.4mm untuk earbuds ini dengan sempurna.

Bagi kami, kualiti audio yang dihasilkan adalah amat ‘kaya’ dan kesan bass juga memadai bagi TWS pada tahap harga ini.

Dalam pada itu, kualiti panggilan pada Buds T310 ini adalah cukup baik dimana setiap earbuds mempunyai tiga mikrofon dan ini membantu membatalkan bunyi luaran selain ciri AI Deep Call noise reduction.

ULASAN : realme Buds T310 - earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik 11

Jangka Hayat Bateri

Bekas pengecasan realme Buds T310 ini mempunyai bateri berkapasiti 480mAh manakala setiap earbuds memiliki bateri 58mAh yang mampu memberikan sehingga 40 jam pendengaran atau secara purata 5 jam penggunaan untuk 8 hari.

Walaubagaimanapun, jika ciri ANC di aktifkan, anda boleh menikmati sehingga 26 jam pendengaran atau 6 jam penggunaan tanpa bekas pengecasan (9 jam jika ANC dimatikan).

Selain itu, realme Buds T310 juga menyokong pengecasan pantas dimana 10 minit pengecasan mampu menawarkan sehingga 5 jam penggunaan.

ULASAN : realme Buds T310 - earbuds mampu milik dengan ciri spatial audio 360° dan kualiti audio baik 12

Penutup

realme Buds T310 menjadi satu lagi earbuds yang membuktikan bahawa kepakaran audio syarikat ini semakin bertambah baik dari generasi ke generasi.

Selain itu, earbuds ini juga menawarkan kualiti audio yang baik, jangka hayat bateri luas biasa dan aplikasi yang boleh digunakan pada platform Android dan iOS.

Pada harga RM 199, realme Buds T310 boleh dikatakan sebagai pembelian yang berbaloi.

Dapatkanya realme T310 di Lazada, Shopee atau di pelbagai saluran jualan rasmi realme di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.